9

10.9K 463 59
                                    

Datin Salha keluar dari bilik air lalu menuju ke katil bersaiz King. Suaminya sibuk dengan telefon bimbit dengan wajah yang serius.

"Abang?"

"Kenapa?"

"Salha rasa kan anak kita tu dah kena sihir dengan perempuan tak guna tu. Ad sampai sekarang tak boleh lupakan perempuan tu," ujar Datin Salha kepada suaminya yang tidak mengahlikan pandangannya walau sedikit pun dari telefon pintarnya.

"Kenapa Salha cakap macam tu? Macam mana Salha tahu yang Ad tu kena sihir dengan Nurul? Tak baik tuduh orang macam tu. Kita takde bukti yang kukuh lagi," kata Dato Izamil menasihatkan isterinya yang suka menuduh orang tanpa berasaskan bukti yang kukuh.

"Salha bukan tuduh dia. Tapi memang kenyataan dia yang buat. Anak kita tu dah macam orang gila dah asyik merayu satukan dia balik dengan Nurul. Abang tak rasa ke yang dia dah kena sihir? Salha tak boleh biarkan lagi abang. Salha yakin yang perempuan tu dah sihirkan anak kita. Ad sendiri yang kata dekat kita yang perempuan tu curang belakang dia. Sekarang pula dia nak rujuk balik dengan perempuan tu. Abang tak boleh fikir semua tu? Fikir abang, fikir. Ada otak kan? Cuba fikir," kata Datin Salha. Dato Izamil menggelengkan kepalanya. Isterinya memang tidak boleh dilawan. Ada je benda yang dia akan jawab.

"Abang tak boleh nak cakap yang Nurul tu sihir Ad. Sebab abang takde bukti lagi nak tuduh dia macam tu," kata Dato Izamil. Datin Salha menjeling tajam dengan wajah yang rimas.

"Suka hati abanglah. Abang ni kan asyik bela je dengan perempuan tak guna tu. Abang pun kena sihir dengan dia ke? Sampaikan abang asyik bela je," tuduhnya lagi. Dato Izamil tidak menjawab. Malas nak berdebat dengan isterinya. Kalau dia membalas, alamatnya sampai ke esok tak pandai habis. Lebih baik dia berdiam diri saja.

"Bercakap dengan abang tak pernah tak menyakitkan hati. Asyik menyakitkan hati Salha je!" geram Datin Salha lalu tidur membelakangi suaminya. Dato Izamil tidak memperdulikan isterinya. Dia sudah cukup kenal dengan sikap wanita itu. Oleh sebab itu, dia biarkan saja.







Alvin dan Nurul menjamu selera dengan keadaan yang senyap. Dalam fikiran Nurul masih tergiang-giang dengan suara Fryceyla yang ingin merangkap Syed. Dia masih belum kenal dengan mereka berdua. Cuma yang dia tahu, dia mesti memberitahu kepada Syed supaya berhati-hati dan menjauhi Fryceyla kerana gadis itu mempunyai rancangan yang tidak elok terhadapnya.

'Aku kena tolong lelaki tu. Tapi lelaki tu nak ke percaya cakap aku nanti? Nanti dia tuduh aku cakap takde bukti macam mana?' Nurul berkata di dalam hati.

Alvin menjeling sekilas ke arah Nurul yang nampak risau. Dia tahu apa yang menggangu fikiran gadis itu.

"Nurul?"

"Ye? Kenapa?"

"Kau fikirkan tentang itu lagi ke?" soal Alvin inginkan kepastian. Nurul mengeluh kecil lalu dia menggangukkan kepalanya.

"Kau janganlah fikirkan sangat. Nanti makin serabutkan fikiran kau je," ujar Alvin kepadanya. Nurul terdiam.

"Tapi kau tak kasihan ke dekat lelaki tu? Kau tak nak ke tolong dia? Kau kan kenal dia. Kau cakaplah dekat dia supaya dia berhati-hati dengan perempuan tu. Kita kena tolong dia, Alvin," kata Nurul dilanda risau. Alvin melirik ke arah Syed dan Fryceyla yang sibuk bersembang.

"Yelah. Nanti kita tolong dia," balas Alvin lalu tersenyum. Nurul membalas senyuman tersebut dengan gembira.

"Terima kasih! Aku nak kita ikut mereka berdua dari belakang nanti. Okey?" ujar Nurul lalu dibalas anggukan dari Alvin. Mereka menyambung semula menjamu selera tanpa sebarang suara.







𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now