34

16.8K 512 40
                                    

Alvin dan Soffiyah bergegas ke hospital apabila mendapat berita keberadaan Nurul. Soffiyah sudah bergelar isteri kepada Alvin. Lelaki itu rela menjadi ayah kepada anak di dalam kandungan gadis tersebut.

Dia yang menjaga Soffiyah dengan baik sewaktu mereka masih belum bergelar suami isteri lagi. Alvin membuat keputusan untuk menikahi gadis tersebut kerana dia ingin menjaga gadis itu berserta anak di dalam kandungannya. Dia akan cuba membuka hatinya untuk menerima Soffiyah. Sedikit sebanyak perasaan sayang hadir di dalam hati Alvin untuk Soffiyah.

Keluarga Alvin tidak kisah siapapun yang anak mereka sukai. Bagi mereka, apa yang terbaik untuk Alvin mereka hanya turuti. Soffiyah bersyukur kerana keluarga suaminya menerimanya dengan hati terbuka.

"Awak, janganlah pandu kereta laju sangat. Bahaya tahu tak?" tegur Soffiyah kepada suaminya. Alvin tersengih.

"Sorry. Okey, aku tak pandu laju lagi," ujar Alvin lalu mengurangkan kelajuan keretanya. Soffiyah menggelengkan kepalanya. Perutnya yang sudah besar, diusap perlahan.

"Anak mama jadi anak yang baik tau. Mama tak sabar nak jumpa anak mama ni," kata Soffiyah dengan senyuman. Alvin turut tersenyum. Tangannya diletakkan pada perut Soffiyah lalu diusap.

"Aku pun tak sabar nak tunggu dia keluar," ujar Alvin pula. Soffiyah mengambil tangan suaminya lalu dikucup. Dia sudah berubah semenjak kejadiannya yang membuatkan hidupnya terbuang daripada keluarganya sendiri. Dan semenjak bersama Alvin dia juga perlahan-lahan untuk menutup aurat dengan sempurna.

"Terima kasih sebab terima aku dalam hidup awak," ujar Soffiyah kepadanya. Alvin menggosok kepala isterinya.

"Kau janganlah cakap macam tu. Mungkin takdir dah tertulis nama kita berdua. Apa yang jadi dekat kau cuma sebab untuk kita bersatu," balas Alvin menggenggam tangan isterinya.

"Aku bersyukur sebab dapat suami macam awak walaupun kau dulu jual mahal dengan aku," kata Soffiyah lalu tergelak. Kelakar jika diingat semula waktu dia cuba menarik perhatian lelaki itu dulu. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dan sekarang lelaki itu sudah bergelar suaminya. Dia seakan tidak percaya.

"Sebab dulu kau agak jahil," kata Alvin lalu tergelak. Soffiyah menggaru keningnya yang tidak gatal lalu tersenyum.

"Hehehe. Dulu je. Sekarang aku dah tak macam tu kan?"

"Ye, tak dah. Isteri aku dah jadi baik," kata Alvin lalu mencubit pipi Soffiyah. Gadis itu mengadu kesakitan.

"Sakitlah!! Hish!!"

"Eleyy..cubit sikit pun dah cakap sakit," ejek Alvin. Soffiyah mencubit lengan Alvin untuk melepaskan geramnya.

"Aduhh..sakit. Janganlah cubit kuat sangat,"

"Hah! Tahu pun sakit. Waktu cubit pipi aku takde pula awak fikir sakit ke tak?" jeling Soffiyah. Alvin tergelak lagi. Dia suka melihat wajah isterinya.

"Dah. Jangan buat muka macam berok dekat sini. Aku takde isteri berok jadian," kata Alvin selamba. Soffiyah hanya mampu pasrah. Redha dengan mulut suaminya yang sangat menyakitkan hati. Namun, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana dia tahu lelaki itu cuma bergurau.

"Yelah..cik abang isteri kepada berok," balas Soffiyah malas.

Mereka berdua sudah sampai di hospital dimana Nurul diletakkan. Alvin memimpin tangan isterinya yang berbadan dua. Risau jika gadis itu tergelincir ke apa ke, bahaya.

"Assalamualaikum, tumpang tanya. Bilik untuk pesakit Nurul Adawiyyah dekat mana ya?" soal Alvin kepada pekerja yang bertugas disitu.

"Kejap ye, encik," balasnya kepada Alvin. Lelaki itu mengganguk faham.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Onde as histórias ganham vida. Descobre agora