37

20.7K 601 91
                                    

Syed berlari anak menuju ke wad kecemasan dengan linangan airmata. Berita yang disampaikan oleh Alvin telah mematahkan hatinya.

"Nurul!!! Nurul!!"

Pintu wad masih belum dibuka. Itu bermakna gadis itu masih bertarung nyawa di dalam. Soffiyah dan Zulaikha memandang Syed pelik.

Alvin dan lain berada di belakang lelaki tersebut. Mereka semua menunggu di luar. Masing-masing mengunci mulut mereka.

"Macam mana keadaan Nurul?" soal Alvin kepada Soffiyah tetapi gadis itu membalas dengan gelengan lalu kedua bahunya diangkat.

Dia dan Zulaikha pun masih menunggu keputusan doktor. Mereka hanya mampu berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja.

"Sayang..jangan tinggalkan abang. Abang tak kuat nak hilang sayang," katanya dengan tangisan yang lebat.

Datin Mirah menundukkan kepalanya. Dia berasa sedih kerana telah berbuat jahat dengan gadis itu. Dia menyesal kerana mempercayai menantunya berbanding Nurul. Jika masa boleh diputar kembali, dia akak membetulkan segalanya.

Klak!

Syed terus berdiri dan mendapatkan doktor tersebut. Wajahnya yang lecun dengan airmata tidak dihiraukan. Dia tidak kisah lagi. Apa yang penting adalah isterinya.

"Keluarga pesakit kan?"

"Yah. Saya suami dia. Macam mana keadaan isteri saya? Dia baik-baik je kan?" kata Syed penuh berharap. Lama doktor tersebut membuka mulutnya.

"Kami minta maaf. Kami tidak dapat selamatkan isteri encik. Dia banyak kehilangan darah dan jenis darah encik susah didapati. Kami dah cuba sedaya-upaya tetapi Allah lebih sayangkan dia. Maafkan kami," ucap doktor tersebut dengan kesal kerana tidak dapat menyelamatkan satu nyawa yang amat penting untuk keluarga.

Doktor tersebut terus melangkah pergi. Dia faham akan perasaan Syed kerana dia juga pernah berada di posisi tersebut.

Semua terdiam. Keadaan menjadi sunyi tanpa ada suara. Syed jatuh terduduk. Dia menjerit dengan kuat dengan tangisan yang lebat.

"Arghhhh!!!!! Tak mungkin dia dah takde!! Tak mungkin!!" jeritnya bagai orang gila. Alvin mendapatkan Syed lalu memberinya semangat.

"Bro, kau—"

"Alvin!! Semua ni cuma prank je kan? Korang nak prank aku atas kesalahan aku kan? Betul kan? Dia masih hidup kan?" kata Syed seakan tidak waras. Alvin simpati dengan Syed tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Semuanya sudah tertulis.

"Kau kena terima kenyataan. Dia dah takde. Isteri kau dah takde," balas Alvin kepadanya lalu melangkah pergi. Airmata mengalir dengan laju. Dia tidak menyangka dia kehilangan seorang adik yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri.

Syed terdiam. Dia menangis dan terus menangis. Syed lantas berdiri dan meluru masuk ke dalam. Mayat yang tidak berjasad itu dipandang dengan perasaan yang retak seribu.

Perlahan-lahan Syed menarik kain yang menutup wajah Nurul dengan terketar-ketar. Wajah Nurul yang pucat diusap dengan lembut.

"Sayang...abang dah datang ni. Sayang..abang dah tahu siapa yang buat sayang macam ni. Sayang mesti gembira kan? Sayang taknak bangun ke?" soalnya dengan sayu. Dia mengucup dahi Nurul dengan lama. Dia tidak kuat untuk hadapi dugaan tersebut.

"Maafkan abang, sayang. Abang tak dapat nak jaga sayang dengan baik. Abang banyak sakitkan hati sayang," kata Syed lagi dengan tangisan. Terimbas kembali perbuatan jahatnya sewaktu gadis itu masih hidup.

Flashback

Nurul menundukkan kepalanya apabila dirinya diejek oleh pekerja-pekerja Syed. Dia datang ke office suaminya kerana ingin memberikan file syarikat yang tertinggal di rumah mereka.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now