4

13.4K 590 112
                                    

Nurul tersenyum tipis melihat ke sebuah rumah kayu yang terbiar. Rumah tersebut adalah rumah peninggalan arwah ibu dan ayahnya.

Dia meninggalkan rumah tersebut kerana mengikut suaminya berpindah ke rumah mertuanya. Sekarang dia sudah bercerai dan dia akan duduk semula di rumah tersebut.

"Haih..lamanya tak datang ke sini. Rindu pula." katanya lalu tergelak kecil. Dia mengangkat beg pakaian dan masuk ke dalam rumah itu dengan hati yang senang.

Beberapa langkahnya terhenti. Badannya dipusingkan ke arah satu suara yang sedang berbicara dengannya dari arah belakang.

"Eh, kenapa balik seorang je? Suami kau dekat mana? Baru je khawin takkan suami tak ikut balik kampung kot." kata seorang wanita yang sudah berusia. Nurul tersenyum ke arahnya.

"Hal rumah tangga saya, makcik tak perlu ambil tahu. Makcik jaga je tepi kain makcik sendiri. Tak perlu jaga tepi kain orang ye," balas Nurul cukup sinis.

"Berlagak baik pula budak ni. Entah-entah suami kau tu tak nak dekat kau kan? Maklumlah khawin secara tak rela. Tak cinta pula tu," kata Hawa kepada Nurul. Nurul tetap memaniskan wajahnya.

"Takpelah. Saya tak nak gaduh dengan makcik. Saya masuk dulu ye," ujar Nurul malas berdebat dengannya. Wanita itu menjeling tajam.

"Perempuan bodoh. Siapa suruh terima je perkhawinan tu. Nak jadi hero konon," ejek Hawa lalu melangkah pergi. Nurul mengeluh sebelum kepala digelengkan.

"Haih..suka sangat jaga tepi kain orang. Pelik betul aku dengan makcik-makcik zaman sekarang. Gosip dan mengumpat orang nombor satu. Tapi kalau pasal ibadah hmm kelaut agaknya." katanya sendiri dengan gelengan.





Hawa menuju ke gerai yang tidak jauh dari rumahnya. Dia mengambil tempat duduk dimana rakan membawangnya berada.

"Zura, kau tahu tak budak Nurul dah balik sini semula?" ujar Hawa kepada seorang wanita yang bernama Azura. Dia adalah rakan Hawa untuk bergosip dan mengumpat orang.

"Dia dah balik sini ke? Suami dia yang kaya dan kacak tu ada ikut sekali tak?" soal Zura kepadanya. Siapa je tak berminat dengan suami Nurul yang kaya dan juga tampan. Semua anak gadis di kampung itu tergila-gilakan Adyan.

"Takde pula aku nampak suami dia ikut sekali. Aku rasa kan yang suami dia tu dah tak sanggup nak teruskan hubungan dia budak tu. Yelah, khawin pun dia tak rela. Nurul tu je yang bodoh sanggup gantikan Zulaikha tu," balas Hawa dengan wajah mengejek.

"Siapa je tak nak gantikan Zulaikha, Hawa? Lelaki tu kaya kot. Dahlah kaya, kacak pula tu. Kalau aku ni muda, dah lama aku goda dia tu jadi suami aku," balas Zura dengan senyuman miang. Hawa menjeling maut.

"Kau jangan nak perasaan. Sedar diri sikit yang kau tu dah tua. Kau ingat budak tu nak pandang ke dekat kau? Tak bernafsu dia tengok kau ni," balas Hawa cukup sinis. Zura membuat muka menyampah.

"Suka hati akulah. Sekarang ni budak tu dekat mana?"

"Dekat rumah dia lah. Dekat mana lagi,"

"Kau rasa dia gaduh dengan suami dia tu ke?"

"Mungkin. Bagus juga tu kalau dia gaduh dengan suami dia. Boleh aku suruh anak aku masuk line kan? Mana tahu dia jadi menantu aku. Senang juga hidup aku nanti dapat menantu yang kaya. Boleh aku beli apa je yang aku nak," ujar Hawa dengan penuh angan-angan. Dia tersenyum lebar jika hal itu terjadi.

"Amboi..kau. Tapi takpelah. Nanti kau kongsilah dengan aku. Boleh?"

"Boleh je," kata Hawa lalu mereka berdua tergelak. Mereka meneruskan sembang mereka dengan menyumpat Nurul yang sudah pulang ke kampung semula.






Syed mencari kelibat ibunya di dalam rumah agam yang besar dan mewah. Dia menuju ke ruangan tamu.

"Mummy?"

"Syed? Bila sampai?" soal ibunya yang bernama Datin Mirah. Syed mengucup tangan ibunya lalu mengambil tempat di sebelahnya.

"Baru je sampai. Daddy mana?" soalnya kepada Datin Mirah.

"Daddy kamu keluar dengan kawan dia. Katanya ada hal nak dibincangkan," jawab Datin Mirah kepada anak terunanya. Syed mengganguk faham.

"Ceyla takde ikut sekali ke?" soal Datin Mirah kepada Syed. Ceyla atau nama sebenarnya Fryceyla seorang gadis yang cantik dan juga anak orang berada. Dia juga merupakan teman wanita kepada Syed Arnizam. Namun, dia tidak tahu yang Syed suka berfoya-foya dengan gadis lain sewaktu dia tidak bersama dengan lelaki itu.

"Dia dekat rumah dia. Tak dapat nak datang sini sebab penat," balas Syed kepada ibunya. Dia sangat mencintai gadis tersebut tetapi dia juga selalu keluar dengan perempuan lain untuk menghilangkan bosannya apabila Fryceyla tidak ada bersamanya.

"Penat kenapa?"

"Kerja,"

"Ouh. Yelah kalau macam tu. Bila Syed nak langsungkan majlis pertunangan korang berdua? Mummy tak sabar dah ni," kata Datin Mirah dengan senyuman gembira. Syed meraup wajahnya. Dia masih belum bersedia untuk ke peringkat tersebut. Dia masih belum puas untuk enjoy.

"Ceyla kata jangan terburu-buru dulu. Dia kata hal pertunangan tu nanti boleh difikiran. Dia nak fokus dengan kerjanya dulu," balas Syed tidak jujur. Dia sengaja berkata sedemikian kerana tidak mahu ibunya bercerita tentang hal itu lagi. Dia masih belum bersedia untuk semua itu.

"Ouh. Ceyla kata macam tu eh? Takpelah. Mummy hormat keputusan bakal menantu mummy. Mummy ikut je mana yang terbaik," balasnya dengan senyuman kecil. Syed tersenyum lega.

"Yelah. Syed naik dulu,"

"Baiklah. Syed rehatlah ye. Nanti Syed turun makan kalau Syed dan Syed dan mandi apa semua,"

"Okey, mummy. Syed naik dulu," katanya lalu mengucup pipi Datin Mirah dan melangkah naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan merehatkan dirinya.






Nurul berjalan menuju ke kedai runcit untuk membeli barang dapur. Dia berjalan sehingga dia sampai ke kedai runcit tersebut lalu melangkah masuk ke dalam. Dia memilih barang yang hendak dia beli.

Dia bertembung dengan seorang gadis yang merupakan anak kepada Hawa. Dia tidak memperdulikan kewujudan gadis tersebut.

"Eh, pengantin baru dah balik ke? Mana suami kau? Takde ke?" soal gadis itu kepada Nurul. Nurul membuat pekak.

"Eh, perempuan! Aku tanya kau kot. Mana laki kau?"

"Laki aku dah mampus," balas Nurul dengan dingin. Sofiyah tergelak. Dia melibaskan rambutnya kepada Nurul dengan senyuman senget.

"Lah. Kenapa cakap macam tu? Gaduh dengan suami ke cik adik? Kesian kau kan? Emm..kesian sangat. Rasa macam tak berbaloi kan kau gantikan tempat si Zulaikha tu. Alahai..kesiannya hidup kau. Malang sangatlah. Kakak kau pun tak pernah jenguk kau selama dia khawin dengan anak orang kaya. Dan kau pula tak diperdulikan oleh suami sendiri," katanya dengan senyuman mengejek lalu tergelak. Nurul mempercepatkan memilih barang agar dia cepat berambus dari tempat tersebut.

"Suka hati kaulah," katanya malas lalu menuju ke kaunter membuat pembayaran. Soffiyah mengikutinya dari belakang.

"Eh, Nurul! Kalau laki kau tak nak dekat kau. Bagi jelah dekat aku. Dia tu tak layak dengan kau. Kau dengar tak ni?"

"Kau nak apa?"

"Kau pekak ke? Aku kata kalau laki kau tak nak dekat kau, lebih baik kau bagi jelah dekat aku. Dia mesti bahagia dengan aku berbanding dengan kau. Aku ni kan gadis paling tercantik dekat kampung ni. Semua lelaki disini tergila-gilakan aku. Tak mustahil laki kau pun tak tergoda dengan aku kan?" katanya dengan yakin. Nurul membuat muka menyampah.

"Kau nak sangat? Kau ambil jelah," katanya malas. Selesai membuat pembayaran, dia terus melangkah pergi. Malas nak layan perempuan mental macam dia.

Sofiyah berdecit halus. Dia menjeling tajam kelibat Nurul yang semakin menjauh. Menyampah tengok muka gadis itu berada di kampung.

"Perempuan malang. Berlagak depan aku. Tak sedar diri yang dia tu miskin dan malang. Masih nak berlagak dengan aku yang cantik ni." katanya dengan senyuman sinis. Dia melanjutkan memilih barang yang dipesan oleh ibunya dengan hati yang gembira kerana dia yakin yang Nurul bergaduh dengan suaminya. Hal itu membuatkan dia berasa gembira.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now