CHAPTER 47

599 43 4
                                    

Cermin hitam yang menunjukkan keadaan medan perang yang sudah hancur menimbulkan kemarahan Exandra kerana melihat minotaurs dihapuskan dengan cepat dan mudah.
Giginya diketap dengan geram kerana rancangannya untuk menakluk savanna hampir punah.

Kemarahannya tidak bertahan lama apabila sesuatu terlintas di fikirannya. Dia mungkin tidak perlu mengotorkan tangannya untuk membunuh the chosen one. Senyuman mula melebar diwajahnya
perlahan-lahan berubah menjadi ketawa.

"Mungkin aku patut biarkan the chosen one mati di tangan darah dagingnya sendiri! Hahahahahahha!"
ketawa Exandra.

Dia mungkin kehilangan hampir semua tentera minotaurs tapi dia ada darah daging the chosen one di tangannya. Aryan dan Aryna! Bahkan permaisuri savanna kingdom juga berada dalam tawanannya. Bonekanya yang akan dia gunakan untuk membunuh Arya penghalang terbesar rancangannya untuk menakluk dunia.

"Medusa! Bersedia untuk bergerak ke medan perang! Kita perlu menyaksikan perlawanan antara keturunan savanna kingdom! Let them kill each other and destroy everything! Then i will rule this world!"

Medusa gadis berkepala ular menganggukkan kepala sebelum bergerak meninggalkan Exandra.

____________________________________

Peperangan yang pada mulanya waktu pagi sudah berlanjutan sehingga pada waktu petang. Tentera Savanna dan semua pelajar knight academy tidak ada masa untuk berehat untuk mengurangkan rasa penat. Mereka tidak boleh lalai kerana  nyawa mereka boleh hilang dalam sekelip mata dibunuh oleh minotaurs. Mungkin walaupun diberi peluang untuk berehat mereka akan menolak kerana mereka perlu memperjuangkan dunia mereka agar tidak jatuh ke dalam tangan pihak musuh.

Dalam masa yang sama, Arya membunuh tentera minotaurs tanpa belas kasihan. Pedangnya sudah basah dengan darah menandakan sudah banyak tentera musuh yang mati ditangannya. Dia tidak memberikan peluang untuk pihak musuh menyentuhnya sama sekali.

Tentera minotaurs bukan sasaran utamanya sekarang. Dia semakin menghampiri Exandra yang duduk dengan megah di singgahsana buatannya tidak jauh dari tempatnya sekarang. Semakin lama semakin dekat sehingga jarak mereka hanya tinggal beberapa meter darinya.

" Arya my daughter! Come here let me give you a hug!"

" Give me back my siblings Exandra!"

"Apa yang anakanda cuba katakan huh? Mereka anakanda beta, mengapa beta perlu berikan mereka kepada pengkhianat seperti kamu?"

" Stop being dramatic! You are not the queen! You are not our mother!"

Arya mengetap gigi geram. Salah satu minotaur yang cuba mendekatinya ditendang kasar sebelum membakar
makhluk itu dengan bebola apinya.

"Ian! Yna! Come here! She's not our mother!" Jerit Arya lantang kepada Aryan dan Aryna yang berdiri tegak disebelah kanan Exandra. Namun Aryan dan Aryna hanya memberikan pandangan kosong kepada Arya seperti Arya bukanlah sesiapa bagi mereka. Arya membuntangkan matanya apabila melihat Aryan dan Aryna seperti dikawal sesuatu.

"You controlled them?! How dare you!"

"Nah, i just got bored while waiting for you so why not?"

Baru sahaja dia hendak menyerang Exandra, pedangnya sudah terpelanting jauh akibat tendangan medusa. Ular-ular dikepalanya bergerak-gerak mencari mangsa. Senyuman medusa terukir sehingga menampakkan siung ularnya.

"Aku diarahkan untuk membunuh kau" kata medusa kepada Arya.

"You know you cant kill me so move!"

"Aku tau tapi sekurang-kurangnya aku boleh kurangkan tenaga kau sebelum kau dibunuh oleh darah daging kau sendiri! "  setelah mengungkapkan kata-kata itu, medusa terus menyerang Arya dengan ular-ularnya.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now