CHAPTER 37

1.2K 108 31
                                    

"Feel better?"

Aryna menggangguk tersenyum mendengar soalan Arya yang berulang-ulang dari tadi.Tangannya sibuk membetulkan dress hijau nya.

Malam ini majlis meraikan kepulangan putera cat kingdom iaitu Braxlen akan diadakan tetapi majlis ini hanya untuk orang istana sahaja.Bukan King Bradden tidak mahu meraikan secara besar-besaran tapi Braxlen sendiri yang tidak membenarkan kerana mereka hanya singgah sebentar sahaja di sini.

"Weh aku tak nampak pelik ke?"

Sheren menyoal dengan muka risau.Dia risau sebab jarang pakai gaun,lebih-lebih lagi menghadiri majlis diraja seperti ni.

"Tak Sheren,kau cantik lah."

Aryna memuji ikhlas sambil tersenyum manis.Arya yang duduk di birai katil hanya mengangguk setuju.

Mereka berada didalam bilik yang diduduki Arya.Mereka ingin bersiap bersama untuk majlis sebab itu mereka berkumpul di bilik Arya.

"Aku nampak okay tak?"

Arya menggulingkan anak mata mendengar soalan Esha.Semua nak tanya soalan yang sama.

"Okay Esha kau pun cantik juga."

Sekali lagi Arya menggulingkan anak mata apabila Aryna membalas.Aryna ni asyik nak puji orang je.

Star yang baru selesai menyiapkan rambutnya menghampiri mereka.

"Kakanda Arya kenapa belum bersiap?"

Serentak mereka semua memandang Arya.Arya menggaru kening.

"Er aku tak suka lah gaun tu,seksi!"

"Ala pakai je lah,macam tak biasa pula kau ni."

"Tak biasa lah!"

"Asal tak biasa pula? Kau kan puteri."

Arya mengeluh.Malas mahu membalas kata-kata Sheren.Kenapa lah Bonda Braxlen tu bagi gaun seksi.

"Kak Iya.."

"Hm"

"Pakai je lah,takpe majlis ni kejap je kan? Habis nanti Kak Iya tukar lah."

"Yna-"

"Dah tak payah nak lawan pergi tukar baju cepat!"

Arya merengus geram sebelum melangkah ke wardrobe untuk menukar pakaiannya.Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan kepada mereka yang lain.

Tidak lama kemudian Arya melangkah keluar dengan muka masam.Dia tak suka,dress dia je seksi yang lain sopan!
Dia tak pilih pun dress ni,Sheren yang beriya pilih dan dipersetujui oleh mereka yang lain.Arghh tak suka!

"Aku dah kata aku tak-"

"Oh my god Ary cantiknya kau!"

"Haah la weh cantiknya!"

"Iye lah tu."

"Ianya betul kakanda Arya,kakanda sangat cantik."

Bla bla bla ! Arya melangkah malas sambil memegang geram hujung gaun yang terheret-heret dilantai.
Aryna ketawa kemudian mendekati Arya.

"Kak Iya cantik lah."

"Stop it."

Mereka semua ketawa serentak melihat muka menyampah Arya.Tahu yang Arya tidak suka dipuji.

Arya melihat pantulan dirinya si cermin.Perlahan-lahan dia berubah menjadi Ary Scar.Raja Bradden menjemput keluarganya yang lain juga ke majlis ini jadi dia perlu menyembunyikan identitinya sebagai Arya Scarlet.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon