CHAPTER 43

1.2K 117 7
                                    

Retina mata mereka fokus memandang Arya dengan perasaan seram sejuk.Takut mereka melihat wajah serius Arya.Apabila ditegur dia hanya memandang sekilas sebelum kembali mengalihkan pandangannya.

Sejak mereka bergerak ke sini,Arya tidak mempedulikan mereka.Apabila mereka bergelak tawa Arya hanya memilih untuk mendiamkan diri dengan riak dingin.Pelik mereka dengan sikap Arya hari ini.Hendak dikatakan risau dengan perlawanan yang akan diadakan sebentar lagi,dia tidak mengambil bahagian pun.Mereka hanya menjadi penonton sahaja.

"Weh Ian,kau yakin ke kau tak tau Ary kenapa?"

Charles berkata perlahan cukup hanya mereka berlapan yang mendengarnya.
Aryan memandang Arya yang sedang berbincang dengan pengetua di sisi pentas perlawanan.

"Aku tak tahu.Dia tak pernah macam ni."

"Kau pula Yna? Kau kan kembar dia takkan lah kau tak tau kut."

Aryna yang duduk diantara Esha dan Sheren memandang Braxlen dengan senyuman tipis.

"Aku tak tahu sebab selama aku jadi kembar dia,dia tak pernah serius macam ni."

Mereka mengeluh perlahan.Binggung dengan sikap Arya yang tiba-tiba berubah.

"Korang pula? Korang kan kawan dia."

Esha dan Sheren berpandangan apabila disoal Charles.Kepala digelengkan perlahan.

"Kalau kembar dengan adik dia sendiri tak tahu,apatah lagi kami yang kawan dia ni."

"Betul juga tu.Kau ni Charles tu pun tak boleh fikir ke?"

"Kau jangan buat hal Brax,aku bunuh kau nanti!"

Braxlen mencebik.Semua nak bunuh dia apa dia hensem sangat ke sampai semua dengki kat dia?!

Star memandang Elvand yang hanya tunduk mendiamkan diri di sisi Braxlen.

"Kakanda yakin ke tak buat something kat kakanda Arya?"

Serentak mereka semua memandang Elvand.Elvand yang diperhatikan mengeluh.

"Tak."

"Betul ke?"

Elvand memandang Aryan dengan bosan.Tak habis-habis nak tuduh dia.

"Hmm."

"Ye ke ni?"

"Aku tak buat Aryan."

Aryan mencebik melihat raut muka Elvand yang sudah bertukar.Tanya sikit pun marah!

"Mana lah tahu."

Elvand diam malas mahu membalas.

"Takpe lah mungkin Ary takde mood je kut.Nanti dia okay lah tu."

Esha menyampuk untuk menenangkan hati semua orang.

"I hope so."

Aryna bergumam perlahan.Riak muka serius Arya dipandang lama.Kalau lah dia boleh membaca fikiran orang lain seperti kakandanya,sudah lama dia buat.Sekurang-kurangnya dia boleh tenangkan Arya walaupun dia mungkin tidak mampu menolong.

"Er- ha! Baik korang fikir kenapa knight battle diadakan dekat tengah kota Savanna ni! Tak adil betul lah kenapa ek perlawanan ni kat sini? Padahal kita dulu kat colloseum akademi je.Tak Adil betul lah Ayahnda kau ni Ian."

Aryan mengetuk kepala Braxlen dengan geram.Suka hati je kutuk Ayahnda depan dia.

"Haah la Ian.Tak pernah knight battle diadakan tengah kota ni.Lepastu semua orang dijemput datang pula tu.Tak pelik ke?"

Serentak mereka mengangguk mendengar kata-kata Charles kecuali Elvand.Aryna tak tahu apa-apa jadi dia ikut je angguk.

Aryan menggelengkan kepala dengan kening yang sudah berkerut.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now