CHAPTER 41

1.3K 114 7
                                    

"Makan!"

Dia membuka mata perlahan.Bayang seekor raksasa hodoh yang digelar minotaur dilihat.Tanduknya yang tajam bersama kapak besi yang besar tidak lekang dari tangan akan membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya akan berasa gerun.

Disebabkan bentuk fizikal minotaur yang dua kali ganda lebih besar darinya membuatkan dia terpaksa mendongak.

"Kau tengok apa lagi?! Makan cepat kalau kau tak nak mati awal!"

Pintu blilik yang menempatkannya dihentak kuat oleh minotaur tersebut sebelum menguncinya.

Dia hanya melihat makanan yang berbau hanyir tersebut.Ulat-ulat kecil kelihatan meliuk-liukkan badannya diatas makanan itu,menambahkan lagi kegelian ditekaknya.Dia mengalihkan pandangan, tidak sedikit pun terfikir hendak  memakan makanan tersebut.

Rantai besi yang mengikat pergelangan kakinya dilihat.Sudah berkali-kali dia cuba untuk melepaskan diri tetapi dia tidak mampu.Kuasanya telah disekat dan sekarang tenaganya semakin berkurangan kerana tidak menjamah makanan selama seminggu.

Pakaian yang dipakai sudah comot dan koyak.Tangannya sudah dipenuhi luka akibat libasan Minotaur apabila dia melawan.
Seminggu dia dikurung dalam bilik yang gelap tanpa sedikit cahaya yang menerobos masuk.

Perasaan risau semakin menyapa tangkai hatinya dari hari ke hari.Risau akan keselamatan keluarganya.Risau mereka tertipu dengan permainan si ahli sihir.

Tetapi,dia perlu bertahan.Dia yakin seserorang akan datang menyelamatkan dirinya.Dia yakin! Sekarang dia cuma perlu bersabar dan menunggu sahaja.

Image of minotaur

************************************

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

************************************

"Dua hari lagi,Knight Battle akan dianjurkan semula khas untuk knight junior.Pastikan knight yang korang latih bersedia sepenuhnya."

Tawa mereka terhenti dengan kemunculan Elvand yang tiba-tiba.Serta merta riak muka yang tadinya gembira bertukar keruh.Apa yang dikatakan Elvand tadi langsung tidak dihiraukan.Masing-masing memeluk tubuh kemudian menjeling Elvand.

"Korang dengar tak  apa aku kata ni?"

Mereka memekakkan telinga.Sedaya upaya mereka berpura-pura sibuk dengan hal masing-masing.Kehadiran Elvand bagaikan angin yang berlalu bagi mereka.

Elvand mengeluh perlahan.Sudah beberapa hari dia tidak dihiraukan oleh rakan-rakannya termasuk Star,adindanya sendiri.Bila ditegur mereka semua hanya diam dan menjelingnya,sedikit pun tidak memberi peluang kepadanya untuk berkata apa-apa lagi.Bila disoal kenapa dia dilayan sedemikian,kata mereka selagi dia tidak memulihkan hubungannya dengan Arya mereka tidak akan bercakap dengannya sampai bila-bila.Tidak lupa juga Aryna yang sanggup meletihkan dirinya dengan mengikuti Arya ke akademi dengan alasan dia hendak melindungi Arya.

Amaran mereka semua masih terngiang-ngiang di telinga Elvand.Salahkah dia? Dia cuma ingin mempertahankan adindanya sahaja.Tapi Arya tunang dia.
Keluhan kasar dilepaskan sekali lagi.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz