CHAPTER 5

2K 166 2
                                    

Dia terkedu.Kakinya kaku seperti ada yang menahannya untuk bergerak.Nafasnya tidak teratur.Jantungnya berirama laju.Hatinya tidak tenteram.Apa yang perlu dia lakukan.Sungguh dia tidak tahu.
Bunyi derapan kaki semakin menghampirinya.Peluh menitik perlahan tidak dihiraukan.

Arghh! Ini semua gara-gara Aryan.Jika bukan sebab Aryan mengejek hingga dia mengejar Aryan hingga ke sini tadi.Pasti perkara ini tidak akan berlaku.Dia memandang sekeliling.Pagar besi  mengelilingi colloseum sekaligus memisahkannya dengan semua penonton di colloseum.Matanya mencari riak wajah Ayahnda dan bonda yang sudah tidak keruan melihatnya.Pandangan sayu diberikan meminta pertolongan.Colloseum sudah menjadi riuh melihat keadaannya.Dia menutup matanya rapat.Adakah dia perlu pasrah?

"Lakukan sesuatu! keluarkan puteri beta dari situ!"

King Allen menjerit nyaring.Sudah semestinya dia risau melihat Puterinya kini dalam bahaya.Tangannya menarik Queen Edica yang sudah menangis kedalam pelukan untuk menenangkannya.Aryna juga sudah menangis teruk.

"Tuanku,pagar besi tidak dapat dibuka.Ianya akan buka secara automatik hanya dalam masa 30 minit tuanku,sebelum masa itu kita tidak mampu membuat apa²"

Morgan bertutur dengan nada takut.Pelik juga dia bagaimana pagar besi itu diturunkan.Setahunya perlawanan sudah tamat.Bertambah pelik apabila serigala itu dilepaskan.
King Allen terkaku.Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Melihat anaknya dibaham serigala didepan mata sendiri? Dalam masa 30 minit pasti yang tinggal hanyalah tulang sahaja.Sungguh dia kusut.Air mata menitis perlahan.Mukanya ditundukkan.Pelukan Queen Edica dieratkan lagi.
Kemudian mukanya diangkat kembali apabila terdengar sesuatu.

Kelihatan Aryan cuba mengangkat pagar besi menggunakan kuasa gravitinya.Namun hampa,pagar itu sedikit pun tidak mahu berganjak kerana pagar besi tersebut direka khas.Tiada yang mampu menembusinya.Aryan mencuba lagi.Dia tidak berputus asa.Apabila kuasanya tidak berhasil.Pedangnya ditarik kemudian diserang pagar besi bertubi-tubi.Juga tidak berhasil.Air mata lelakinya menitis melihat kakaknya.Sungguh dia gagal melindungi kakaknya seperti yang dijanjikan.Diri diselubungi rasa bersalah dan kecewa.Elvand datang menghampiri memeluk rakannya menyalurkan semangat.

"Dia tak kan apa² Ian.Aku pasti"
Katanya perlahan.

"Pastikan kau takkan cedera princess Arya" sambung hatinya pula.Muka tetap tenang walhal hatinya juga risau.Egonya juga tercabar apabila dia tidak mampu membuat apa².Brax dan Charles datang menghampiri dengan muka sayu.

Arya diam menikus.Dia takut untuk membuat keputusan.Hendak membiarkan dirinya diserang oleh  serigala  lapar ataupun hendak melawan.Jika dia melawan dia takut rahsianya akan terbongkar.Ya rahsia yang dia simpan seorang diri selama ini.Bukan tentang kuasanya yang mampu menggunakan empat elemen utama.Ya itu rahsia yang disimpan oleh Savanna Kingdom.Semua rakyat dan kerajaan lain tidak satu pun yang mengetahui tentang dirinya pengguna kesemua elemen utama.Kuasa yang ditunjukkan hanyalah kuasa air.Ayahnda yang menyuruhnya merahsiakan.Dia pun tidak tahu kenapa.psstt back to the story.

Rahsia yang dikatakan ialah dirinya yang mahir bertarung.Berilah senjata apa pun,dia sudah khatam semuanya.Nendanya yang mengajarnya secara senyap² dulu ketika dia berumur 6 tahun.Penat juga dia memujuk nendanya untuk mengajarnya.Apabila dia mengatakan yang dia ingin melindungi adik² nya yang sering dibuli barulah nendanya berlembut hati.Perkara ini disimpan sehinggalah nendanya mangkat ketika dia berumur 15 tahun.Sekarang dia sudah berumur  18 tahun.Bererti sudah 3 tahun dia perlu berlatih sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Matanya meliar melihat  serigala yang dua kali ganda lagi besar dari dirinya.Serigala itu berpusing-pusing mengelilingi dirinya.Cehh nak main² pula.Arya melepaskan nafas berat.Nampaknya rahsianya perlu dipecahkan.Tangannya diangkat untuk mengeluarkan kuasa air.Tak kan nak keluarkan kuasa lain pula? mahu pengsan satu colloseum melihatnya.Kerana semua puak Elis hanya mempunyai satu kuasa sahaja.Arya sahaja yang dilahirkan istimewa.cewahhh k bye!

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now