CHAPTER 45

1.8K 143 25
                                    

"Tuanku,kenapa sempadan setiap kerajaan tidak dijaga? Kenapa harus terus berkawal di kerajaan utama?"

Semua raja dari setiap kerajaan mengganguk dengan bersetuju dengan pertanyaan raja daripada Highland kingdom.Hanya Morgan sahaja yang senyap disebelah Arya.

Arya tersenyum sinis.

"Sebab musuh akan menyerang terus di Savanna."

"Kenapa pula tuanku? Bukankah dia perlu menyerang kerajaan kecil dahulu?"

"Ya tuanku,menyerang musuh terus pada bandar utama seakan bunuh diri sendiri."

Arya bangun daripada duduknya.Kedua belah tangan ditahan pada meja dihadapannya.Kesemua pemerintah dari setiap kerajaan dipandang satu persatu sebelum pandangannya terhenti pada raja aqua kingdom.Sekarang dia sedang mengatur strategi perperangan bersama pemerintah lain di akademi.

"Kenapa musuh perlu takut pula? Dia sudah lama berada dalam kalangan kita sendiri."

Semua raja terkejut dengan pernyataan Arya.Mata mereka tertumpu pada raja Aqua kingdom.Raja Aqua kingdom pantas berdiri dengan perasaan risau.

"Is not me Your highness! i swear is not me!"

Arya memandang raja itu dengan datar.

"I swear your highness! I'm also clueless how can my daughter be like that!"

Apabila Arya hanya diam Raja Aqua kingdom berkata lagi.

"Trust me yourhighness! Trust me!"

Arya tersenyum sinis sekali lagi.Sangkanya Raja itu akan terus melenting apabila dia dituduh tetapi dia terkejut apabila Raja itu tidak henti meminta untuk mempercayainya.

"I know."

Raja Aqua kingdom tersenyum lega mendengar balasan Arya.Sekarang dia yakin Arya akan menjadi seorang pemimpin yang baik kerana sikapnya.

"Tapi tuanku anakandanya sudah menjadi pembelot! Dia bahkan sudah menjadi ketua di pihak musuh!"

"Benar tuanku! Saya tidak percayakan dia!"

"Sukar untuk mempercayakannya apabila melihat anaknya sendiri yang membunuh King Allen!"

"Iya tuanku!Raja Aqua kingdom juga mungkin adalah pengkhianat!"

Arya mengangkat kanan meminta mereka berhenti.

"Raja Aqua kingdom bukan pengkhianat.Amanda? I dont think so."

Mereka semua tercenggang dengan kata-kata Arya.

"Bagaimana tuanku boleh seyakin ini?"

"Ya tuanku,dia sendiri yang bunuh King Allen! Tuanku tidak berasa marah?"

"Bagaimana tuanku boleh setenang ini apabila melihat pembunuh King Allen?!"

Arya mengenggam erat tangannya.

"Tipu lah kalau saya kata,saya tidak marah.Hati mana yang hanya akan tetap tenang apabila Ayahnda sendiri dibunuh?! Apabila Ayahnda pergi,saya berjanji akan membalas kesakitan yang saya rasai! Saya bersumpah akan membunuh orang yang buatkan kami kehilangan Ayahnda! But,you need to know that Amanda dikawal oleh musuh! Semua pergerakannya bukan atas kehendaknya sendiri! Dia hanya buah catur musuh!"

Arya menutup mata rapat.Bayangan saat Ayahndanya memandangnya dengan senyuman lemahnya berulang-ulang dimindanya.Kata-kata terakhir Ayahndanya terngiang-ngiang ditelinga.

Air mata ditahan tidak ingin kelihatan lemah dihadapan pemerintah lain.Dia perlu kuat untuk semua orang.Dia tidak.boleh pentingkan diri sendiri.

Matanya dibuka perlahan apabila raja Aqua kingdom bersuara.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now