CHAPTER 26

1.2K 99 14
                                    

" Genap seminggu kamu semua di sini,beta sangat berpuas hati melihat perkembangan kemahiran kamu semua! Dalam beberapa hari lagi,beta akan berangkat ke Black Forest.Perkara ni tak boleh sampai ke telinga rakyat tapi beta percaya kamu semua boleh diamkan diri.Sepanjang ketiadaan beta dan ratu,tolong jaga keamanan semua kerajaan.Beta percayakan kamu!"

"Menjunjung perintah Tuanku!"

Semua orang melutut menunduk hormat termasuk aku.Walaupun aku tak suka protokol istana tapi setakat tunduk hormat ni aku tau lah.Kalau tak tau baik tak payah jadi puteri.

Tapi yang aku pelik,kenapa Bonda kena ikut Ayahnda pula? Tak pernah lagi Bonda ikut Ayahnda kecuali ke majlis rasmi atau  melawat kediaman kerajaan kecil Savanna.

"Itu sahaja yang beta mahu sampaikan.Untuk pergerakan pulang ke academy,beta akan menitahkan Lord Exas untuk mengiringi kamu."

"Tunggu,beta mahu katakan sesuatu."

Semua berdiam diri tatkala Bonda berkata.Tumpuan diberikan sepenuhnya kearah Bonda.

"Ary-"

"Aku tak tahu."

Seperti tahu apa yang ingin ditanya Sheren aku menjawab tanpa menunggu dia menghabiskan ayatnya.Pandangan masih aku halakan ke arah bonda.Tidak sabar menunggu bonda berkata.

"Seperti yang Tuanku raja katakan,beta juga akan turut mengikuti perjalanan tuanku raja ke Black Forest.Jadi beta ingin memohon jasa baik semua untuk menjaga anakanda beta Puteri Aryna dan putera Aryan.Jagakan mereka untuk beta."

Semua orang hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala dengan penuh semangat.

"Morgan."

"Patik tuanku!"

"Tolong beta jagakan anakanda beta ya? Tolong pantau mereka.Beta percayakan kamu."

"Menjunjung perintah tuanku!"

Bonda tersenyum manis.Tangannya disatukan.Raut mukanya bertukar sedih.

"Untuk anakanda bonda,Arya Scarlet,mungkin Iya tak ada dekat sini.Tapi ingat,Iya sentiasa ada dalam hati bonda.Bonda sayang Iya,sayang sangat.Bonda yakin anak bonda kuat hadapi semua ni.Teruskan berjuang ya anakanda."

Aku terkedu.Seperti ada tarikan magnet yang membuatkan pandangan terhadap Bonda tidak dapat ditamatkan.Air mata yang mengalir di pipi bonda buatkan hati aku meronta untuk memeluknya.Bonda,Iya minta maaf!
Dari sisi dapat aku lihat Esha dan Sheren memandang aku.

"Bonda percayakan anakanda bonda.Walau apa pun yang Iya buat,ingat Bonda dan ayahnda akan sentiasa sokong Iya.Iya kuat ya sayang.Nanti bonda takde,Iya tolong jaga adinda Iya.Bonda sayang kamu semua."

Pandangan Bonda teralih kearah aku.Kami bertatapan untuk seketika sebelum Bonda memberikan senyuman.Ayahnda mula memeluk bahu bonda untuk menenangkannya.Dari jauh Aryan dan Aryna datang juga memeluk bonda.Ikutkan hati,mahu sahaja aku berlari ke dalam pelukan bonda dan ayahnda,tapi aku tak boleh.

"Kak iya."

Aku memandang Aryan dan Aryna yang hampir serentak memanggil aku menggunakan telepati.

"Are you okay?"

"I'm okay.Tolong peluk bonda ketat-ketat untuk Kak Iya.Tell her,i miss and love her too."

Untuk seketika aku menunduk.Kelopak mata ku katup perlahan.Tangan aku genggam erat.Terasa bahu aku disentuh,aku menoleh.

"We're here,for you.Be strong!"

Aku tersenyum.

"Thanks Esha! Thanks Sheren!"

Mereka membalas dengan anggukan.
Ya aku kuat! Aku boleh hadapi semua ni!

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now