CHAPTER 29

1.2K 106 37
                                    

"Ary,kau dah siap kemas barang ke?"

"Belum start kemas pun."

"What? Kita akan mulakan perjalanan lusa tau tak asal tak kemas lagi?!"

Aku mengeluh malas mendengar bebelan Esha.Iya Esha la dia lemah lembut tapi tidak dinafikan sifat keibuan itu ada pada dia.Jadi kalau dah namanya sifat keibuan,mestilah membebel tu ada kan?

Aku ingat tempoh dua minggu yang diberikan untuk siapkan assignment,just duduk kat academy dan kaji tentang The Chosen One tu.

Aku tak tahu pula kami kena menggembara untuk kumpulkan maklumat.Menggembara? ya aku suka menggembara tapi bukan beramai-ramai.Menggembara yang aku idamkan hanya berseorangan,barulah betul-betul menggembara kan? Ni beramai-ramai tak mencabar langsung lah!

Kalau lah aku tahu semua pasal The Chosen One ni,takde la aku kena menggembara dengan diorang semua.Ya aku The Chosen One,kononnya bakal menjadi warrior yang akan pertahankan negara tapi aku tak tahu apa-apa.Aku ibaratkan bayi yang baru lahir,tak tahu apa-apa.Eh ada kaitan ke? Ha apa-apa je lah.

Arghh! Aku tak suka lah penggembaraan ni! Tak dapat aku bayangkan perjalanan kami lusa nanti.Tapi bila fikirkan semula,ada hikmahnya juga aku ikut,boleh aku cari diri aku sebenar.Maksud aku The Chosen One yang sebenar,yang layak memimpin negara nanti.Aku belum bersedia tapi aku perlu bersedia dari sekarang.

"Hey Arya! Kau ni kerja asyik berangan je!"

Aku menoleh sambil mengerutkan kening.Muka Esha yang cemberut aku pandang geram.

"Kau nak apa?"

"Dari tadi aku membebel kau tak dengar langsung? Ouh great! Buat apa aku tanya kalau aku dah tahu jawapannya kan?"

Aku tersengih sambil menyelitkan rambut panjang berwarna putih bersinar aku di belakang telinga.Rambut putih? Ya aku gunakan identiti Arya Scarlet bukan Ary Scar.Lagipun sekarang kat dorm takde orange lain pun selain dua ekor beruk yang aku sayang ni.Dua ekor ni dah biasa tengok aku sebagai Arya,walaupun pada mulanya diorang awkward habis.

"Sudah tak perlu gaduh lah Esha Denia dan Arya Scarlet. Mari ke colloseum Elvand nak jumpa lagi kan?"

Aku membuat muka meluat apabila nama Ice Prince disebut.Nak jumpa konon! Hei! Kelmarin dah berkumpul tapi dia cuma cakap "in three days,kita akan bertolak ke cat kingdom sebagai lokasi pertama for this assignment.Just it dismiss."

Kau rasa? Dia kata tu je lepas tu bla!
Kami dia tinggalkan terkebil-kebil macam orang tak betul! Mestilah aku geram! Sakit betul hati aku dengan Ice Prince tak guna tu! Cat kingdom tu pun aku tak tahu wujud tau tak? Apa benda cat? What the? Sampai sekarang aku masih bayangkan yang semua penduduk di kingdom tu haiwan tahu tak? Tak boleh salahkan aku,siapa suruh nama kingdom tu pelik kan?

"Lets go! Nanti Ice Prince kau tu marah pula,jenuh kau pujuk kang."

Aku mencebik bibir.Nak termuntah aku dengar eee seram sejuk aku dibuatnya!

"Betul lah aku kata kan Esha?"

"Ha ah i agree!"

"Kau sejak bila satu kepala dengan Sheren ni?"

"Eh kitorang memang geng sejati sejak kecik lagi,kau apa tahu!"

Aku membuat muka menyampah mendengar kata-kata Sheren.
Tidak ingin menyakitkan hati sendiri mendengar kata-kata Sheren aku bangun dari duduk kemudian kembali ke identiti Ary Scar.

Cermin yang cukup untuk aku melihat keseluruhan diri sendiri yang terletak elok di dinding aku tuju.
Rambut violet paras bahu aku betulkan sedikit.Cantik juga Ary Scar ni kan eheks! Bila bertukar jadi Arya Scarlet berganda-ganda cantiknya.Nyeh perasan kejap uhuks.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now