CHAPTER 4

2K 166 3
                                    

Arya berpusing-pusing di tempatnya berdiri.Dia bingung tentang keberadaan dirinya.Terasa menyesal pula meninggalkan Ayahnda dan bonda dengan senyap tadi.Aryna pula tidak mahu mengikutinya.Cadangnya ingin mencari Aryan tapi tersesat pula.

"Aduhh mana adik ni? penat dah aku pusing satu academy ni."

Dia mengeluh perlahan.Kakinya sudah lenguh asyik berjalan dari tadi tapi bayang adiknya pun tidak kelihatan.

Matanya beralih apabila terdengar suara orang ketawa.Macam hantu mengilai pun ada.Terlihat sekumpulan pelajar perempuan knight academy sedang berkumpul di bawah pokok besar.

Perlahan-lahan kakinya dibawa menuju ke arah mereka.

"Excuse me, can i ask u guys something?"

Arya tersenyum nipis apabila mereka semua kelihatan tergamam memandang kearahnya.

"Hello? Er? Anyone here?"

Arya berkata lagi apabila mereka tidak memberikan respon.Dirinya diteliti dari atas kebawah.Terasa seram dilihat begitu.

"Princess Arya Scarlet?"

Arya memandang seorang perempuan comel berambut pink yang menyebut namanya.Mukanya seperti meminta kepastian.

"Err yes?"

Tiba-tiba pelajar tadi menjerit keriangan.Arya terkejut .Tangannya dibawa mengusap dadanya.

"Omg! we heard lot about you,your highness.Oh godness i'm so excited!"

Perempuan tadi sudah berdiri dari duduknya.Bersinar-sinar matanya memandang Arya.Tidak sangka yang dia akan dapat berjumpa dengan Puteri yang menjadi sebutan ramai kerana kejelitaannya.Tadi dia hanya mampu melihat dari jauh.

"Thats right your highness,i never think that you have so damn beautiful face!"

Seorang perempuan cantik berambut blonde pula menyampuk.Semua pelajar tersebut sudah berdiri sambil tersenyum lebar memandangnya.Ada yang berbisik sesama sendiri melihatnya.

"Ouh do you?"

Arya berkata perlahan seperti bercakap dengan dirinya sendiri.Dia sendiri terkejut melihat reaksi besar mereka.Tidak sangka pula dirinya menjadi perhatian orang ramai.

"Where is your twin princess? Mesti dia secantik tuanku juga bukan?"

Sambung gadis berambut blonde tadi.Raut wajah puteri Aryna Scarlen yang ayu bersama rambut hijau lembut dibayangkan.

Kemudian matanya kembali memandang wajah bersih puteri Arya.Rambut Arya yang berwarna putih berkilau dipandang.Itulah perbezaan antara Arya dan Aryana warna rambut yang berlainan.Orang luar membezakan mereka hanya dengan melihat rambut mereka.Raut wajah mereka sahaja yang serupa.

Arya tersenyum manis.Mestilah senyum nanti dirinya dicop sombong pula.

"Princess Aryna ada bersama Ayahnda dan bonda di ruang makan. saya hanya berjalan sekitar sahaja." Balas Arya menggunakan bahasa sopan.

Mereka yang lain membalas senyuman Arya kemudian mengangguk perlahan.

"Ouh ya,kamu semua nampak tak prince Aryan? saya hendak berjumpa dengannya."

"Prince Aryan ada di ruang rehat tuanku."

Berkerut kening Arya mendengarnya.Ruang rehat mana pula ni.

"Hmm kalau kamu tidak kisah,boleh tunjuk kan tempat itu?"

"Ehh dengan senang hati tuanku.Mari ikut saya"

Arya menarik nafas lega.Akhirnya ada yang sudi menolongnya.Kalau tidak alamatnya sampai kemalam lah dia sesat.

"Terima kasih.Selamat tinggal semua jumpa lagi"

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now