CHAPTER 23

1.4K 116 17
                                    

"Ary cepat lah! Nanti lambat lah!"

"Awal lagi lah.Kau tu yang excited sangat!"

"Awal apanya? Kau tengok kita je dalam bilik ni tau tak! Semua orang dah berkumpul kat padang."

Aku mengabaikan Sheren.Baru saja aku ingin menyambung lena ku yang diganggu tadi Sheren kembali menarik lenganku.Dengan penuh keterpaksaan aku duduk di birai katil.

"Jomlah turun! Raja dah bagi tugasan penting tau untuk kita,kita mestilah galas tanggungjawab ni dengan baik."

Aku diam.Perkara ni lah yang menghantui aku dari semalam. Ayahnda kata kami semua dipilih untuk mengikuti peperangan yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.Huh terpilih? Macam pertandingan pula kan?
Tu lah tujuan utama lawatan ni sebenarnya.Patutnya aku dah perasan benda ni dari awal.Apa yang patut aku buat? Peperangan akan berlaku.Pihak musuh akan lancarkan perang tapi aku takut.Keluarga aku,kawan aku semuanya terlibat dalam peperangan ni.Aku takut kehilangan mereka.Aku cuma takut.Takut sangat.

"Ary kau dengar tak?"

"Huh?"

"Ary scar! ish kau ni kan!"

"Dah tak yah nak membebel lah,mari turun cepat!"

Tangan Sheren aku tarik supaya berjalan beriringan dengan aku.

"Semua dah ada kat sini kan? Kamu semua boleh berlatih bersama para pengawal.Ingat buat yang terbaik! This is for our country!"

Aku hanya diam tatkala semua orang menjerit dengan penuh semangat.Aku je takde semangat sekarang ni.Baru dua hari lepas tiba kat istana aku happy sangat! Dapat jumpa ayahnda,bonda dan Aryna.Tapi sekarang? Aku rasa lemah sangat sampai aku tak tau nak buat apa.Tak kira lagi Amanda yang sibuk nak kacau life aku.Esha? sejak aku jumpa aunty Amber dia dah tak kacau aku lagi.Dah senyap dah budak tu,aku pun tak tau kenapa.Mungkin sebab Aunty Amber dah cuci otak dia kut.

"Beta percayakan kamu semua.This is not for me but for us,for our country! Jangan pernah mengalah! Buktikan yang beta tidak salah memilih kamu semua sebagai knight yang mampu menawan musuh! Tunjukkan kepada pihak musuh yang kingdom kita tidak mudah goyah! For Savanna Kingdom!"

Ucapan Ayahnda disambut dengan jeritan penuh semangat sekali lagi.Terserlah sifat kepimpinan Ayahnda sebagai seorang raja.Bonda dan Aryna yang berada di sisi Ayahnda aku pandang.Aku tau Bonda risau.Risau akan peperangan yang akan datang.Walhal ini bukan kali pertama bonda berdepan dengan peperangan.Aryna memberikan senyuman tatkala anak mata kami bertemu.

'Good luck kak iya'

Aku diam.Entah kenapa aku dapatkan rasakan yang Aryna tidak ingin berkata begitu.Raut mukanya sudah berubah.Senyumannya juga semakin memudar.Aku hanya mampu memandang.Aku faham apa yang dia rasa.

'Everything will be okay right?'

Aku mengeluh perlahan sebelum menjawab.

'Of course Yna! Everything gonna be okay.Don't make that face! Is ugly you know?'

'Ishh kak iya! Yna serius la!'

'Siapa yang kata Yna bergurau?'

'Ishh tak nak laa cakap dengan kak Iya ni!'

Aku menahan senyum bila Aryna putuskan telepati.Dari sini aku boleh nampak muka cemberut Aryna.Merajuk la tu! Sebelum melangkah pergi sempat aku pandang Aryna sekilas.Nanti hilang lah merajuk tu kan.Sekarang aku kena fokus untuk latihan khas knight ni.Fokus!

____________________________________

"Ary Scar stop! stop!"

Aku memandang kosong.Hujung pedang masih aku halakan pada lehernya.

"A- ary a-ku surrender okey?! Jauhkan pedang kau dari aku!"

Aku mengalah.Pedang di tangan aku lempar.Kemudian aku menghamparkan diriku di atas padang.Nafas ku sudah tidak teratur akibat letih.Pandangan aku halakan melihat langit.Dapat aku lihat burung yang terbang bebas bersama kelompok mereka.Kan seronok kalau aku jadi burung,bebas jer.Takde la kena fikir banyak masalah.

"Kau dah kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Ary kau tak perlu nak berlakon macam takde apa berlaku lah.Aku boleh nampak yang kau ada masalah tau tak?"

Sheren yang duduk bersila di tepi aku pandang.

"Apa yang kau nampak Sheren?"

"Aku nampak kat mata kau Ary.Aku nampak kerisauan kau.Aku nampak kesedihan kau.Dan aku nampak kesungguhan kau masa berlatih tadi.Kau tak beri aku peluang untuk serang pun.Dan aku macam tak kenal kau siapa tadi.Kau serius sangat! Aku tak mampu lawan kau.Kau hampir bunuh aku tau tak?!"

Pandangan aku bersatu dengan Sheren.Senyum nipis aku berikan kepadanya.

"Aku nak pastikan yang kita menang,dan semua orang selamat Sheren"

"Huh yelah! Tapi jangan la buat muka macam tu lagi! Nanti tiap-tiap hari aku kena menghadap muka seram kau."

"Tak janji eh?"

"Ish kalau kau buat lagi aku nak tukar partner! Biar kau sorang-sorang"

"Tukar la tak takut pun!"

Lenganku menjadi tempat Sheren melepaskan geram.

"Jahat tau kau ni!"

Aku ketawa kecil.Thanks Sheren kau dah buat aku happy.Aku harap kegembiraan ni takkan hilang.Aku harap persahabatan kita takkan putus bila kau dah tau semuanya nanti.

"Dah la aku nak tidur! Kau merajuk la sorang-sorang!"

"Ish Ary!"

Aku tersenyum sambil menutup mata.Lengan aku gunakan untuk menutup mata dari cahaya matahari yang memancar.

"Ary! Pujuk la aku!"

Aku biarkan Sheren yang menggoncangkan bahuku.Malas la nak layan.

"Ary! Pujuklah!"

Tangan Sheren aku tepis dari terus mengganggu aku.

"Aryyyyyyyyyyy"

Bila aku tak layan,perut aku pula yang dicucuk menggunakan jarinya.Tangannya aku tepis lagi.

"Jangan kacau lah!"

"Tak nak! Aku nak attention!"

Aku menahan tawa.Gila kot budak ni! Ada ker orang yang paksa orang lain pujuk dia? Sheren sorang je kut.

"Ary!"

"Ary!"

"Ouh tak nak layan aku eh? Serius ni tak nak layan?"

Aku senyap.Malas layan budak kecik.

"Okay kau yang nak!"

"HAHAHAHAHAHAH wehh jan- HAAHAH jangan! S- stop! S-stop tickling me!"

"Padang muka kau! Kan dah kena dengan aku"

Aku duduk menghadap Sheren dengan muka cemberut.Sheren senyum mengejek.

"How dare you tickling me?! Giliran kau pulaa sini kau!"

Belum sempat Sheren melarikan diri tanganku sudah menyerang perutnya.Biar dia rasa geli! Berani dia eh kacau titik kelemahan aku!

"Weh Ary janganlah! Weh HAHAHAHA stop! S-sorry lahh s-sorry!"

Aku berhenti sebelum ketawa.
Sheren turut ketawa melihat aku ketawa.Sesekali dia menampar bahuku.Lucu sangat la tu kut.

"Okay okay stop."

Sheren menarik nafas.

"Pfttt HAHAHAHAHAHAH"

"Dah lah Sheren!"

"Muka kau lawak lah!"

Aku mengerutkan kening.Asal muka aku lawak pula aduhai!

Aku mengetap bibir.Takut tawaku terlepas melihat Sheren yang ketawa sambil menepuk-nepuk padang.Sah sewel kawan aku ni.

"Fight me!"

Tawa Sheren terhenti.Kami berpandangan sebelum memandang figura yang berdiri tepat dihadapan aku.

"Fight me Ary Scar!"




ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now