CHAPTER 32

1.1K 108 26
                                    

"Kita rehat kat sini dulu,esok kita akan teruskan perjalanan."

Arya melihat sekeliling.Kini mereka berada di dalam hutan yang agak seram baginya.

"Hutan ni tak bahaya ke?"

"Tak,kitorang dah biasa lalu hutan ni kalau ada misi."

Aryan menjawab sebelum melompat turun dari atas kuda.Arya yang menjadi penumpang di belakangnya tadi terkial-kial untuk turun.

Aryan tersenyum sebelum membantu Arya turun.Mereka semua berpasangan menunggang kuda tadi.
Arya bersama Aryan,Charles bersama Sheren,Braxlen bersama Esha dan Elvand bersama Star.

Mereka lebih memilih untuk menunggang kuda berbanding menggunakan teleport kerana boleh menjimatkan tenaga mereka.Lagipun perjalanan ini bukannya sehari.

"Brax,cipta rumah kecil untuk kita bermalam."

Braxlen mengangguk kemudian perlahan-lahan tanah yang dipijak mereka bergegar perlahan sebelum membentuk dua buah rumah yang sempurna.

Arya tercengang.Dia tidak tahu pula Braxlen ada kuasa tanah.Tak bukan, dia memang tak tahu apa-apa berkaitan kawan-kawan Aryan kecuali Elvand.Elvand pun dia tahu memiliki kuasa api sahaja,yang lain-lain dia tak tahu.

"Yang perempuan boleh berehat kat dalam,Braxlen ikut aku cari kayu api.Aryan dan Charles jaga mereka di sini."

Sesudah mengikat tali kuda di pokok berhampiran Elvand memberikan arahan.

Pantas saja Arya masuk ke dalam rumah yang dicipta Braxlen,mendahului yang lain.

"Eh jap takkan kita nak tidur atas tanah ni?"

Arya menyoal sebelum menoleh memandang Esha,Sheren dan Star yang sudah ada di belakangnya.

"Mana aku tahu."

Esha berkata perlahan sambil mengangkat bahu.Sheren pula mengerutkan keningnya seakan mngerahkan otaknya untuk berfikir.

"Rumah ni bukan lagi tanah lah,kakanda Ary".

"Huh?"

Star tersenyum melihat reaksi mereka yang bermacam-macam.

"Memang rumah ni diciptakan dari tanah,tapi bila kakanda Braxlen bentukkan tanah menjadi sebuah rumah atau bentuk lain,ia tidak akan menjadi tanah lagi malah ia akan menjadi seperti kayu."

Hurai Star panjang kemudian mengetuk dinding rumah dengan jarinya.

Mendengar ketukan itu seperti bunyi ketukan kayu,mereka mengangguk-angguk tanda faham.

"Wah bijaknya Star ni!"

Star tersenyum bangga apabila di puji Sheren.

Arya dan Esha hanya tersenyum nipis.

Esha mengerakkan tangannya kemudian perlahan-lahan dua katil terbentuk di kawasan tengah.Disebabkan kuasa Esha muzik,jadi katil mereka berbentuk seperti piano.

Arya tersenyum girang sebelum melompat ke atas katil.Terpejam-pejam matanya menikmati keselesaan katil yang dicipta Esha.

"Kakanda Ary ni comel lah."

Arya menaikkan keningnya memandang Star yang sudah duduk di katil sebelah sambil tersenyum-senyum memandangnya.

"Berapa umur kau?"

Soalnya santai kemudian bangun untuk duduk bersila.Esha mengambil tempat di sisi Ary dan Sheren pula duduk di sisi Star.Kedudukan mereka berempat kini berhadapan antara satu sama lain.

"Umur Star,16 tahun."

"16? Macam mana kau boleh jadi Knight Elit pula? Bukan patutnya kau Junior ke?"

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Место, где живут истории. Откройте их для себя