CHAPTER 27

1.2K 103 23
                                    

"Jangan ingat kau dah berbaik dengan Esha bodoh tu aku akan lepaskan kau macam tu je! Aku tetap akan buatkan kau menyesal masuk academy ni Ary Scar! Just wait and see!"

Aku memandang Amanda dengan pandangan menyampah.Sakit betul hati aku dengan dia ni.

"And aku nak bagi kau amaran jauhkan diri kau dari Elvand! Ini amaran terakhir aku! Sebelum aku bertindak lebih jauh lagi,baik kau hadam apa yang aku katakan ni!"

"Kisah pula aku."

Aku tersenyum sinis sebelum melangkah meninggalkan Amanda dan Winiey.Sempat aku langgar bahu Amanda yang menghalang jalanku.

"Ergh! Tak guna!"

Aku menghiraukan Amanda.Malas mahu melayan orang yang meroyan ni.

"I'll kill you Ary Scar!"

Bla bla bla bla.Langkah aku percepatkan menuju taman academy tempat kebiasaan kami.

"Asal kau lambat?"

"Kena serang dengan nenek sihir."

"Ha? Witch ker?! "

Aku memandang kosong ke arah Sheren.Witch? Ada lagi ke keturunan witch? Setahu aku dah pupus ditelan zaman.

"Weh Ary serius ar?! Kau jumpa dia kat mana?! Dia ada cederakan kau ke?! Dia tau kau puteri ke?! Dia jumpa kau sebab apa?! Sebab nak bunuh kau ke?!"

"Ha ah."

"Apa?! Habis lah! Ibu aku cerita dulu keturunan witch ni jahat tau tak!"

"Sheren shut up! Ee geram pula aku dengan kau ni."

Sheren menarik muka.

"Betul lah. Kau tak percaya aku ke?"

"Masalahnya,nenek sihir yang aku kata ni Amanda! Bukan keturunan witch pun lah.Lagipun keturunan tu kan dah pupus."

"Ha Amanda? Alaa kau ni ingatkan nenek sihir betul-betul! Buat suspen je!"

Aku ketawa perlahan sambil menggelengkan kepala.

"Nenek sihir lah tu.Tak habis-habis kacau life aku."

Aku mengambil tempat di hadapan Sheren dan Esha.Melayan Sheren sampai aku terlupa nak duduk.

"Apa kes?"

Aku memberikan pandangan menyampah.Dah tahu nak tanya lagi.

"Ala biar je lah budak tu,takyah layan dia.Dia meroyan tu sebab prince Elvand tak layan dia."

Aku mengangkat bahu.Malas nak pikir.

"Ary,aku minta maaf."

Aku mengalihkan pandangan kearah Esha yang duduk di sisi Sheren.
Dahi ku sudah berkerut.

"Kau asal nak minta maaf pula?"

"Ha ah kau kenapa Esha?"

Mahu aku ataupun Sheren masing-masing diam menanti jawapan Esha.Esha menunduk memandang apa entah aku pun tak tau.

"Mesti Amanda akan kenakan kau cukup-cukup sebab aku dah tak ikut geng dia lagi."

Aku menghembuskan nafas lega.Ingatkan apa lah tadi.

"Takde kena mengena pun lah dengan kau,dia memang dengki dengan aku."

"Tapi-"

"Dah Esha,betul kata Ary tu jangan fikir sangat pasal Amanda tu."

Sheren memeluk bahu Esha sambil tersenyum lebar.

"Aku cuma rasa bersalah kat Ary-"

"Ee kau ni kan aku dah maafkan.Sudah jangan nak ungkit benda ni lagi kalau tak aku tak nak bercakap dengan aku seminggu!"

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now