CHAPTER 2

2.6K 161 2
                                    

"Eh Yna,kau betul ke tak nak masuk academy tu?"

Arya memandang  tepat ke anak mata Aryna yang duduk bertentangan dengannya. Mereka sekarang sedang menunggu Ayahnda dan bonda di meja makan mereka untuk dinner.

Aryna yang sedang sibuk membelek buku itu mengangkat mukanya sekejap kemudian menunduk semula menghadap bukunya.

"Tak. Kan Yna dah cakap yna minat buku jer,tak minat senjata tu semua."

"Alaa mari la pujuk ayahnda sama-sama.Tolong la kakak mu yang comel lagikan menawan ini adikku"

Arya sudah membuat muka comel nya.Matanya dikerdipkan beberapa kali.

Aryna sudah membuat muka.Malas mahu melayan perangai kakaknya itu.Matanya masih fokus membaca buku di tangan.

Secara tiba-tiba bukunya terbang dan selamat mendarat di tangan Arya.Arya tersenyum jahat.

"Tolong aku atau aku bakar buku kau" katanya sambil memandang selamba ke arah Aryna.

Matanya Aryna sudah membulat.

"Kak Iya,no! give me back."

Jelas kelihatan raut wajah Aryna sudah risau.Arya mengekalkan senyuman jahatnya.Bukan dia tidak tahu buku itu ibarat nyawa Aryna.Dia akan buat apa sahaja untuk bukunya.

"Help me or say good bye to your book"

Tanganya sudah mengapungkan beberapa bola api kecil.Tangan kanannya pula setia memegang buku kesayangan Aryna.

"Kak Iya please jangan buat Yna macam ni."

Hati Aryna sudah gusar,tidak tahu membuat pilihan.Mahu melawan menggunakan kuasa dia tidak mampu,kebolehannya hanyalah kuasa penyembuhan.Bukan seperti Arya yang mempunyai empat elemen utama.

Kening Arya sudah diangkat sedikit menantikan jawapan Aryna.Aryna memandangnya dengan sayu kemudian tersenyum nipis.Arya menjadi pelik.

"Kakanda ku Iya,janganlah bermain api ketika mahu bersantap,itukan melanggar protokol istana"

Makin pelik Arya dibuatnya.Keningnya sudah berkerut.Setahunya mereka hanya menggunakan bahasa istana apabila ada dihadapan ayahndanya sahaja ataupun dalam majlis rasmi.Belum sempat Arya mempersoalkan tanda tanyanya suara garau Ayahndanya kedengaran di cuping telinga.

"Arya Scarlet"

Nama nya disebut perlahan tetapi tegas.

Arya meneguk air liurnya yang terasa perit.Bebola api di tangan segera dihilangkan.Buku Aryna diterbangkan semula kepda Aryna.

Serentak Arya dan Aryna berdiri kemudian menunduk tanda hormat.

Queen Edica sudah tersenyum di sampinng King Allen.Kemudian turut mengambil tempat duduk di samping suaminya. Arya dan Aryna duduk setelah Ayahnda dan bonda mereka duduk.

"Kenapa Arya mengeluarkan bebola api di meja makan?"

soal king Allen sambil memandang serius ke arah Arya.

"Hmm takde apa² Ayahnda,Iya saja nak test kuasa jer tadi."

Balas Arya tenang walaupun jantungnya sudah berdegup kencang.

"Lain kali jangan buat lagi"

King Allen menyambung kemudian tekun memandang dayang² yang menghidangkan makanan di atas meja.

Arya mengangguk laju seperti burung belatuk.Kemudian laju mengubah topik perbualan.

" Mana Ian? petang tadi ada kan?"

"Ian dah balik academy,ada meeting katanya"

Balas Queen Edica tersenyum manis.

"Eleh meeting konon.Balik² kejap jer ,suka sangat la duduk kat academy tu"

Kata Arya berbaur perasaan cemburu.

Yang lain hanya diam membisu,tahu apabila mereka menjawab topik itu akan dipanjangkan Arya.Kemudian mereka semua hanya makan dengan berselera.Hanya bunyi sudu yang kedengaran.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now