CHAPTER 33

1.2K 104 20
                                    

"Kak Iya,don't you miss me?"

"Kau takde soalan lain eh?"

"Ish Kak Iya ni!"

"Aik aku pula."

"Bila Kak Iya dengan Ian nak jumpa Yna? Rindu.."

"Sekarang tak boleh,kan aku dah kata kitorang ada misi penting ni."

"Misi penting lah sangat."

"Hei,penting lah tu..kot.."

"Dah lah malas nak layan Kak Iya,Yna nak beradu dulu."

"Good night Yna."

"Good night Kak Iya."

"Dah pergi tidur cepat"

"Ya..ya..cepat balik tau Yna bosan sorang-sorang kat istana.Ayahnda dan Bonda pun belum balik lagi."

"Ya..yaa..berapa kali nak bagitahu ni?"

"Yna nak ingatkan je.Dah lah selamat tinggal Kak Iya,tolong cium pipi Ian banyak-banyak untuk Yna Tau!"

Hubungan telepati diputuskan kan.Arya mencebik bibir,memang tak lah dia nak cium Ian macam tu nanti kena cop gedik pula! Ee tak nak aku!

"Ary,mari makan."

Arya berjalan keluar mengikut Esha dari belakang.Kelihatan Elvand dan Aryan sedang membakar sesuatu di unggun api yang disediakan.Charles dan Braxlen hanya memandang dengan penuh minat,tidak sedikit pun ingin membantu.Arya menggeleng melihat keletah mereka,makan pandai,buat kerja malas.

Tidak jauh dari unggun api,Star sedang memandang mereka dengan penuh teruja.Eh salah,mungkin dia pandang Elvand sahaja.Sesekali dia menepuk tangan sambil tertawa riang.Arya memandang pelik.Kesian dah jadi gila dah budak ni.

Sheren yang berada di sebelah Star hanya tersenyum melihat karenah Star yang begitu comel baginya.

Arya dan Esha mengambil tempat di sisi Star.

Selang beberapa minit kemudian Elvand datang menghampiri dengan beberapa cucuk makanan pada genggaman tangannya.

"Eat."

Star tersenyum senang sambil mengambil satu cucuk makanan tersebut. Dia berasa sungguh teruja untuk makan makanan hutan untuk pertama kalinya.

"Sedapnya! Apa nama makanan ni kakanda Elvand?"

"Arnab hutan."

Arya terbatuk-batuk mendengar balasan Elvand.Geli tekaknya melihat makanan tersebut.

"Nah makan."

Pantas Arya menggeleng apabila Elvand memberikan secucuk makanan kepadanya.Berkerut-kerut keningnya melihat makanan itu.Tergeleng-geleng kepalanya apabila membayangkan dia memakan kaki arnab tersebut.

"Kau dah kenapa? Ambil ni,makan!"

"Aku tak nak lah! Er- aku dah kenyang."

"Kau kenyang makan apa? Dah jangan nak mengada,makan je nanti sakit menyusahkan aku je."

Arya merengus kasar mendengar balasan datar Elvand.Muka Elvand dipandang penuh rasa menyampah.

"Kan aku kata,aku dah kenyang!"

"Kau kenyang makan apa? Cakap dengan aku.Aku nak tahu juga benda apa yang kau makan sampai kau kenyang kononnya."

Elvand tersenyum sinis melihat Arya.Dia tahu Arya hanya berpura-pura.Bukannya dia buta sehingga tidak nampak muka geli Arya bila dia berikan makanan tadi.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now