CHAPTER 36

1.2K 118 16
                                    

Dia berjalan tanpa arah tuju.Sesekali dia tersenyum palsu apabila ada yang menegur dan menunduk hormat kepadanya.Matanya meliar sekeliling melihat suasana bandar yang riuh.Sesekali matanya menjeling pelbagai jenis makanan yang semakin membuatkan perutnya berkeroncong lapar.

Akhirnya dia sudah berada dipinggir bandar.Suasana menjadi sunyi kerana tiada satu kelibat orang pun yang berada di situ.Baguslah mood nya juga perlukan ketenangan sekarang.

Pokok yang rendang tidak jauh dari tempatnya berdiri didekati kemudian dia duduk bersila bersandarkan pokok tersebut.Matanya dipejam seketika kemudian kembali terbuka apabila terdengar bunyi aliran sungai berdekatannya.

Dia menoleh ke sisinya dan terpampang aliran sungai yang tenang dihadapannya.Hatinya yang panas semakin tenang.

Dia tidak marah tetapi tipulah kalau dia kata perasaan kecewa tu tiada.Dia kecewa apabila kawan-kawan yang sudah dianggap keluarganya sendiri tidak memberitahunya hal sepenting itu.Bukan mulutnya becok sangat sampai nak bagitahu orang lain rahsia kawan sendiri kan? Okay lah dia mengaku mulutnya becok sebenarnya tapi bila rahsia penting macam ni takkan dia nak bagitahu pula.

Dia melepaskan keluhan kasar.Batu-batu kecil yang berhampiran dengan tempatnya dikutip sebelum membaling satu persatu ke dalam sungai.Percikan air akibat balingannya terkena dimukanya sedikit.Dia merengus kasar mengelap mukanya dengan tapak tangan kemudian kembali membaling batu kedalam sungai.

Apabila dia terkena percikan air lagi dia memejam mata rapat sambil mengetap gigi.

"Kau pun tak nak kawan aku ke sungai?!"

"Semaklah semua tak nak kawan dengan aku!"

"Kenapa diorang buat aku macam ni ha?!"

"Diorang tak sayang aku ke?!"

"Diorang tak percaya aku ke?!"

"Aku ni tak penting ke?! Penting kan?! Aku ada hak untuk tahu kan?!"

"Oi sungai balas lah!"

"Beta titahkan kamu balas soalan beta!"

"Oii sungai!"

"Eee stressnya!"

Braxlen berdiri kemudian menghentak kaki kasar sambil menjeling sungai yang berada dihadapannya.Sakit hatinya apabila dia dibiarkan bercakap sendirian.

"Tak guna punya sungai! Menyakitkan hati! Aku hukum pancung baru tahu!"

Dia menggumam perlahan.Sesekali dia menyepak batu ke dalam sungai.Apabila air sungai terpercik dia mengetap gigi sambil menayangkan penumbuknya ke arah sungai.

"Melawan kau eh?! Aku putera tahu?! Aku bagi titah sekelip mata je kau boleh lenyap tahu tak?!"

Apabila melihat air sungai hanya mengalir tenang dia menghentak-hentakkan kakinya kegeraman.Sungai pun tak nak layan dia ke?!

Masih tidak berpuas hati dia menendang pokok tadi kemudian menjerit kuat apabila kakinya terasa sakit.

"Tak guna kau pokok!"

Terjungkit-jungkit dia dibuatnya.Berkerut-kerut keningnya menahan perit dikakinya.
Mulutnya terkumat-kamit menyumpah sungai dan pokok tadi.

Tangan yang menggosok kaki terhenti apabila terdengar bunyi daripada semak di sebelah kirinya.

Dia menelan air liur kasar.Perlahan-lahan dia berundur ke belakang.Rasa sakit di kaki hilang diganti rasa takut.

Pinggangnya diraba-raba mencari pedangnya malangnya tiada.Dia menepuk dahi apabila teringat dia tidak membawa apa-apa tadi.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now