CHAPTER 7

1.9K 137 4
                                    

' Ayahnda and bonda,i'm so sorry. Just don't worry about me cause i'll be okay.Iya tak pergi jauh percayalah.But please,jangan cari iya. Iya tahu apa nak buat.I'm bigger now. Bila iya dah takde,baru semua rakyat akan diam kan? Sebab penyebab bencana dah hilangkan diri. So ayahnda,lepaskan iya ok? Nothing will happen to me.Everything is gonna be okay.Trust me! I'm gonna meet u soon after the problem is settle.Last word,I love u and will miss u!'

-from- Your princess,Arya Scarlet

Surat di tangan digenggam kuat sebelum dilemparkan.Mukanya di raup kasar.Semangat berkobar-kobar untuk berjumpa keluarga tersayang selepas seminggu ditinggalkan hancur begitu sahaja apabila dia di khabarkan mengenai kehilangan puterinya.

"Apa yang perlu kita lakukan Allen? Puteri kita dalam bahaya! Cari dia Allen,kita perlu bawa dia pulang sebelum terlambat"

Queen Edica bersuara lantang.Siapa yang tidak risau? Anak yang ditatang dengan penuh kasih menghilangkan diri.Air matanya bercucuran jatuh.Hampir tercabut jantungnya apabila pembantu istana mengatakan kamar Arya kosong pagi tadi.Hanya sekeping surat yang di tinggalkan.Aryna dan Aryan juga terkejut mendengar berita itu.Terkaku mereka tidak mahu percaya.

" No, jangan cari dia.Itu yang Arya nak kan? "

" Apa awak cakap ni Allen?! Arya anak kita! Awak tak risau ke?!"

Queen Edica sudah bangun dari duduknya.Tajam matanya menikam anak mata King Allen.Panas hatinya apabila King Allen berkata dengan tenang.

" Of course saya risau Ed.Marah macam mana pun saya kat dia,Arya tetap darah daging saya."

Tangan Queen Edica digenggam untuk menyalurkan semangat.Berharap agar isterinya bertenang.

"Habis tu kenapa awak tak nak cari Arya?"

" Saya lakukan semua ni bersebab.Mungkin juga ini kemahuan Arya sendiri.Saya percayakan dia."

"Tapi,ramalan tu?"

Suara Queen Edica sudah kendur.Matanya lembut memandang King Allen.Dibiar kan saja tangan king Allen yang menyapu lembut air mata yang tersisa.Sungguh dia risau akan puterinya itu.

"Takkan ada apa yang berlaku Ed.
Dont worry.I trust her.She is our bravely daughter remember?"

Queen Edica diam.Kemudian dia memeluk erat tubuh king Allen untuk mencari kekuatan.Lama keduanya dalam keadaan begitu.Fikiran mereka juga sudah jauh memikirkan puteri mereka. Di mana Arya sekarang? Apa yang dilakukannya? Adakah dia akan terlepas dari bahaya yang mengancam nyawanya?

_________________________________________

"Foxie,kita kat mana dah ni?"

Aku melompat turun dari foxie.ouh siapa foxie? Tak kan tak tahu? Cuba teka! Ha apa dia? Ya betul! Serigala yang bertukar menjadi rubah hari tu.Alaaa yang aku hampir bunuh tu lah.Ingatkan? Macam mana pula dia boleh ada dengan aku? Kan dia dah cakap yang dia penjaga aku? Refer balik bab 5 la.Hmm kalau tak faham buat² faham jer la erk?
Kepalanya aku usap lembut sambil memerhatikan sekeliling.

" kita berada dalam faudy forest.Di mana suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat tinggal puak aku.Sebelum puak aku pupus."

Foxie jawab melalui telepati.Tak kan dia nak guna mulut pula? Mahu aku blur tahap gaban tak faham.Bahasa haiwan kut.

" ouh tempat ni tak bahaya ker?"

"Of course not princess.Penghuni hutan ni kan dah takde? Apa yang bahayanya?"

"Eleh diam la kiddy! Aku tengah cakap dengan foxie kan? Bukan dengan kau."

Geram pula aku bila dragy ni menyampuk.

"Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku kiddy! Aku jutaan tahun lagi tua dari kau tau?!"

" Dah muka kau comel nak mampus nak buat macam mana? "

"Eh budak ni!  Bila aku bertukar kau panggil naga tua pula ,Aku bertukar kang. Hangus muka kau aku hembuskan api."

Aku mencebik.Eleh dragon ni nak main ugut² pula.Macam la kita takut.Ok takut la sebenarnya.seram Siot! Aku dah pernah tengok sekali dulu.Confirm kalau dah tengok sekali tak kan ada untuk kedua kali.

Aku mengendahkan muka masam semasam limau dragy.Kemudian menyambung aktiviti ku iaitu melihat suasana sekeliling. Ok sorry! Jangan la marah. Dragy tu nenda aku yang kasih dulu sebelum nenda mangkat.Katanya dragy akan lindungi aku.Lindungi dari apa? Aku pun tak tahu.segalanya masih rahsia.Sebab tu aku akan rungkaikan satu persatu.yesh! Itu janji aku!

" Kita berehat dulu kat sini. Jangan risau takde orang yang akan masuk hutan ni."

Foxie berkata setelah lama mendiamkan diri.Aku hanya mengangguk tanda setuju.Penatlah semalaman kami tak berhenti berjalan.Hehe aku takde la letih sangat sebab aku naik atas foxie kan.Kenapa tak naik dragy padahal dia bersayap? Ya ya boleh jer tapi tak naya ke nanti bila semua orang nampak? Kenapa pula tak guna teleport? Easy man! Sebab aku tak tahu nak buka teleport.Takde la pula nenda ajar aku.
Haihh!

Aku kumpulkan ranting²  menggunakan kebolehanku untuk dibuat unggun api.Alaa alah² camping gitewww.Kemudian aku gunakan pula elemen api untuk hidupkan api. . Lepas tu pula aku bina rumah kecil menggunakan elemen tanah muat untuk aku seorang.Dragy dengan foxie? Dah hilangkan diri dalam gelang cantik berwarna putih ditangan kananku.Hmm ya memang.Gelang tu cuma akan wujud bila foxie dan dargy hilangkan diri.Bila aku seru mereka pula gelang tu secara automatik hilang.Bila dorang hilang dan muncul jadi gelang,ukiran naga dan rubah akan terlihat di gelang tersebut melambangkan foxie dan dragy.So senang cerita foxie and dragy adalah gelang tu,gelang tu adalah mereka.Ada faham?Dorang cuma muncul bila aku seru jer.

Aku duduk di hadapan unggun api. Gelang di pergelangan tangan aku pandang sepi kemudian fikiran ku menerawang jauh.Mampu kah aku lakukan semua ni seorang diri? Sungguh aku tidak tahu.Semua ni terlalu complicated.Aku pejamkan mata seketika.'Bonda,Ayahnda.I need u.'Mindaku kembali memutarkan memori dimana semuanya diterangkan kepadaku.Semuanya terutama 'dia' .


ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now