CHAPTER 31

1.2K 113 54
                                    

Beg digalas dibelakang selepas memastikan segala keperluan cukup untuk dua minggu disimpan di dalamnya.

Semangat yang sememangnya tiada untuk perjalanan ini semakin merundum apabila mengingatkan senyuman sinis Star padanya kelmarin.
Arya mengeluh kasar.Apa masalah dia aku tak kacau dia kan?!

Tak Arya tidak takut malah sedikit pun dia tidak berasa gentar tetapi melihat senyuman perlian itu dia dapat rasakan yang Star akan berbuat benda yang sama seperti Amanda.

Malas mahu memenatkan otaknya berfikir tentang mereka,pedang di atas meja disisipkan di pinggang.
Untuk pertama kalinya rambut violet paras bahu ditocang kemas.
Pantulan diri sendiri didalan cermin dipandang lama.

"Ary..Ary.. Arya!"

"Huh? Ada apa Sheren?"

Sheren mengeluh perlahan.Dia berjalan mendekati Arya.Kedua bahu Arya dipegang sambil menatap anak mata Arya dengan pandangan sayu.

"Kau okay?"

"Okay lah,kenapa kau tanya macam tu?"

"Tak..kau tak okay.Kau ada masalah kan? Bagitahu lah kami."

Arya terkedu.Nampak sangat ke perubahan muka dia dari kelmarin?

Esha datang mendekati berdiri tepat di sisi Sheren.Keduanya menghadap Arya dengan pandangan yang penuh kerisauan.

"Aku okay lah! Korang ni dah kenapa?"

"Takpa,kami faham kalau kau tak nak bagitahu,mungkin kau belum bersedia lagi nak kongsi kan? Tapi ingat,kami sentiasa ada untuk kau.Kalau kau rasa nak luah,luahkan segalanya kat kami okay?"

Arya tersenyum mendengar balasan Esha.Sebenarnya dia takde masalah pun cuma kehadiran Star buat dia rasa lain.Ditambah lagi dengan Ayahnda dan Bondanya yang sudah bertolak beberapa hari tapi masih tiada khabar dari mereka.Mungkin sebab itu mood nya bercelaru sedikit.

"Okay! Group hug!"

Arya dan Esha ketawa perlahan apabila Sheren menarik mereka kedalam pelukan.

"Tapi kan Ary,aku nak cakap sikit ni."

"Apa?"

"Kau nampak cantik dengan style rambut baru kau ni.Confirm Ice Prince kau cair nanti!"

Arya menjulingkan anak mata.Malas mahu dengar kata-kata mengarut Sheren.

"Sudah,mari gerak ke colloseum.Nanti tertinggal pula kita."

"Lagi bagus."

Gumam Arya perlahan.Esha dan Sheren hanya menggelengkan kepala.

Setibanya mereka di colloseum,semua sudah berdiri dan berkumpul dalam kumpulan masing-masing.Hari ni semua kumpulan akan bergerak serentak tetapi menuju ke lokasi yang berbeza.

Pantas mereka mendekati kumpulan mereka apabila melihat Charles dan Braxlen melambai dari jauh.

"Semua barang dah bawa?"

Arya mengangguk apabila disoal Aryan.Nanti jawab lebih-lebih terkantoi pula.

"Eh sejak bila kau care pasal Ary aku ni?"

Aryan memberikan pandangan membunuh kepada Charles.Jelas tidak suka Charles pandai-pandai sahaja mengecop kakanda kesayangannya seolah-olah kakandanya milik Charles.

"Eh apa? Ary ni aku punya tau! Aku yang dapat dia dulu."

Charles berkata dengan muka yang tidak berpuas hati.Dia dahulu yang mahukan Ary,Aryan tiba-tiba memintas jalannya.

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now