CHAPTER 42

1.2K 128 5
                                    

"Kau cakap apa dengan kakanda aku sampai dia tak nak datang hari ni?"

Aryan memandang tepat ke arah Elvand yang sibuk memerhatikan gerakan knight yang dilatih mereka.Hari ini adalah hari terakhir mereka akan melatih knight junior sebelum knight battle pada lusa nanti.
Jadi mereka kumpulkan semua knight di colloseum untuk latihan terakhir.

"Apa kaitan dia tak datang dengan aku?"

Elvand menjawab tenang.Matanya masih tidak dialihkan dari terus memerhatikan gerakan knight junior satu persatu,kadang-kadang dia menegur dengan tegas apabila ada kesalahan.

"Mestilah ada! Kau orang terakhir yang dia jumpa semalam tau?!"

Elvand mengeluh kemudian mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Aryan mengerutkan kening.

"Kau yakin ke kau tak cakap sesuatu yang menyakitkan hati?"

"Hm"

"Ye ke? Kau bukan boleh percaya sangat."

Elvand mengalihkan pandangan ke arah Aryan dengan riak muka kosong.

"Kau jangan kacau aku boleh tak? Pergi perhati knight yang lain lah."

Aryan mencebik.Otaknya ligat memikirkan kakandanya.Teringat kembali apabila dia mengajak Arya ke akademi tadi,Arya menolak.Katanya ada perkara penting yang mahu dibuat di istana.Tapi dia tetap curiga sebab kakandanya paling tak suka duduk dalam istana.Pelik! Kakandanya Aryna juga tidak ingin mengikutinya jika Arya tidak datang bersama.Terpaksalah dia berkeseorangan ke akademi tadi.

"Weh Ian kau buat apa kat sini? Pergi lah tolong knight yang lain sana!"

"Bising lah kau ni Brax."

"Eh eh dia ni! Dah la tak bawa Ary aku datang!"

Aryan menayangkan penumbuk kearah Braxlen yang sudah mengambil tempat di sisinya.Menyampah dia dengan Braxlen asal jumpa dia tanya kenapa Arya tak datang.Tanya sekali tu bolehlah tapi bila berkali-kali tu dia pun sampai muak dengar.Over je! Macam dia pula tunang Arya asyik tanya je.Yang tunang betul tu pula tak tanya apa-apa pun.Macam takde perasaan.Elvand yang sudah melangkah pergi dipandang dengan cebikkan dibibir sebelum kembali memandang wajah Braxlen.

"Mana yang lain?"

"Soalan apa kau tanya ni Ian? Mestilah tengah kerja, tau kerja?"

"Otak kau!"

"Eh betul lah! Kau je yang curi tulang tahu tak?!"

"Suka hatilah.Dah lah aku nak tidur jap jangan kacau aku!"

"Amboi ingat akademi ni bapak kau punya?"

"Memang pun."

Braxlen mencebik melihat Aryan yang sudah menghamparkan dirinya di atas rumput.Lengannya diletak menutup mata.

"Tak guna punya putera! Bengong tak habis-habis."

"Aku dengar Brax."

"Memang nak bagi kau dengar pun!"

"Diam lah! Aku bunuh kau karang!"

"Bunuh lah kalau berani!"

Aryan mengetap bibir namun mata masih tidak dibuka.

"Kalah lah tu! Nyeh nyeh! Ian tak berani bunuh aku bluerkkk!"

"Maaf.Aku tak layan budak-budak."

Braxlen membulatkan mata.Tajam matanya memandang Aryan.Kalau dia cekik putera ni bagi mati terus takde orang tahu kan? Semua tengah sibuk berlatih ni.Nak juga dia merasa perasaan bunuh kawan baik sendiri.Lepastu peminat Ian akan gilakan dia pula! Oh sukanya!

ARYA : THE PRINCESS (HIATUS)Where stories live. Discover now