Bab 2

197 28 0
                                    

STERENG dikilas ke kiri, memasuki sebatang jalan kampung sebelum berhenti di pekarangan sebuah rumah batu sederhana besar. Dari jauh, dapat dia lihat ada dua orang kanak-kanak sedang berdiri di anjung rumah. Brek tangan ditarik, beg disilang ke bahu lalu pintu kereta dibuka.

"Acu dah sampai! Acu dah sampai!" Bunyi derap tapak kaki yang berebut menyarung selipar dan berlari ke arahnya buat bibir menyungging senyuman.

"Hi you alls." Tangan kecil yang dihulurkan seorang budak lelaki disambut manakala kepada si kakak di belakangnya, Tania mengenyit matanya dan dibalas dengan gaya flip hair. Spontan, Tania tergelak.

Geng diva Tania is here!

"Papa dengan mama mana?"

"Keluar pergi pasar."

Sekonyong-konyong, sebuah sedan putih yang memasuki halaman rumah membantut perbualan mereka. Itu dia, panjang umur. Sepasang suami isteri keluar bersama seorang bayi lelaki dalam dakapan wanita berusia awal 30-an itu.

"Baru sampai?" Tangan kekar milik abang sulungnya, Zarif disalam sebelum beralih kepada kakak iparnya di sebelah.

"Sihat Nia?"

"Alhamdulillah. Andra ni pun macam makin sihat ni, makin gebu! Kak Ija sumbat apa dalam mulut dia ni?" Pipi gebu bak pau kacang milik anak buahnya dielus. Serta-merta dahi mulus itu berkerut sambil menggeliat kecil, tanda tidak suka diperlakukan sedemikian. Tania tergelak.

"Jom masuk. Anna, Anaqi, tolong papa keluarkan barang." Tania turut mengeluarkan beg pakaiannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Hah, sampai dah anak bertuah." Seorang wanita dalam lingkungan 50-an menyapa. Lantas dicium tangan syurganya yang satu itu lalu dibuntuti langkahnya menuju ke dapur. Tak semena-mena juga perutnya mula bergelora.

Fuh, sedapnya bau! Tak menanti, tudung saji dibuka lalu pinggan dicapai. Fatimah yang melihat menggeleng-geleng. Anak dara dia seorang ni memang tak semenggah sungguh perangai!

Zarif muncul bersama plastik barangan dapur yang dibelinya selepas itu.

"Tadikan ibu, abang terserempak dengan Din."

"Anak Siak Hashim tu ke?"

"Haah. Makin handsome budak tu. Dengarnya baru balik dari luar negara, sekarang ni tengah cari kerja kat sini."

"Din mana pula ni?" Tania menyampuk. Dipandang ibu dan abangnya silih berganti. Keduanya turut memandangnya, lama. Spontan keningnya bercantum sedikit.

"Apa? Pandang orang macam tu kenapa?" soalnya. Semacam pula rasanya ibu dan abang dia ni.

"Umur adik berapa tahun ni?" Zarif ajukan soalan. Buat rasa hairan Tania makin bertambah, namun lidahnya tetap membalas,

"32?"

Zarif mengangguk-angguk. "Sesuai sangat dah tu."

Makin bertambah kerutan di dahi Tania. Apa benda yang sesuai pula ni?

"Apa yang sesuai?"

Sekonyong-konyong, Zarif senyum lebar. Ha, sudah, detik hati Tania. Ni mesti abang dia tengah fikir benda yang memang dia paling meluat nak dengar.

"Adik dengan Din. Dua-dua single."

Kan dah cakap! Ini yang buat dia rasa nak meletup ni.

"Eh, abang tak payah memandai eh. Jangan nak kenen-kenen orang dengan lelaki mana-mana. Adik tak nak." Sikit lagi dia nak terbangun dari kerusi, mujur saja dia tengah makan. Pantang betullah orang nak sibuk-sibuk pasal urusan jodoh dia!

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now