Bab 19

110 19 11
                                    

TELEVISYEN yang terpasang Malikh tenung tanpa perasaan. Drama terhangat sebutan ramai sedang dipaparkan di skrin, tapi fikiran Malikh jauh melayang ke tempat lain.

Saat dia tersedar beberapa hari yang lepas, benda pertama yang menyapa kornea matanya, seorang Tania Natasha. Tapi cuma sekejap, lalu mata dia tertutup semula dan apabila dia sedar, yang ada cuma Saif dan ahli keluarganya.

Dia bermimpi, agaknya. Tak mungkinlah Tania sudi melawatnya, apatah lagi rahsia yang disimpan kemas sudah pecah berderai. Malikh tersenyum perit mengingatkan kemungkinan pandangan Tania padanya akan berubah selepas ini.

"Pak ucu!" Suara kecil yang menerjah koklea mematikan lamunannya. Terkedek-kedek tubuh kecil Ain Sofia menerpa ke arah katilnya.

"Pak ucu! Ayeen windu!" Tergawang-gawang tangan kecilnya ke udara meminta didukung. Nabilah melangkah masuk lima saat kemudian dan diangkat Ain naik ke katil Malikh.

"Ayeen rindu pak ucu ke?"

"Windu..." Si kecil itu lentokkan kepala ke peha Malikh. Jejaka itu tergelak dengan gelagat Ain. Manja sungguh!

"Dekat dua minggu kau koma, dua minggu menangis-nangis dia cari pak ucu," ujar Nabilah. Tersenyum melihat keakraban anak daranya dengan adiknya.

Bak kata Ain, pak ucu boyfriend Ayeen!

Sedang Malikh melayan kerenah Ain, tiba-tiba sebuah bekas baldu berwarna hitam diletakkan di atas tilam. Malikh angkat kening.

"Siapa punya ni?"

"Kau punyalah."

"Mimpi apa kau ni along?" Tangannya mencapai objek itu, membelek dan membuka. Ada sebentuk cincin lelaki dengan permata putih gading yang kecil di tengahnya.

"Bukan along, awek kau." Berkerut dahi Malikh dengan pernyataan Nabilah.

"Siapa pula awek aku?"

"Tania." Malikh tergelak serta-merta. Sedikit sarkastik. Terasa 'geli hati' dengan lawak tak berapa kelakar Nabilah.

"Merepek kau ni," ujarnya dan sambung membelek cincin itu. Disarung ke jari manisnya. Longgar sedikit.

"Cantiklah, along. Mana kau beli?"

Nabilah berdecit. "Along dah cakap kan, bukan along. Tania yang bagi."

Malikh garu kening. Along tak main-main ke?

"Apa pasal pulak dia nak bagi?"

"Dia nak pinang kau jadi laki dia."

"Hah?" Malikh terduduk tegak. Tergolek bekas baldu di atas ribanya jatuh ke lantai.

"Apa dia along?" Naik satu oktaf suara Malikh menyoal, sampai bergema satu wad.

P I N A N G? Pinang? Dia tak salah dengar, kan? Mana tahu along sebut Tania nak pergi Pulau Pinang?

"Tania pinang kau jadi laki dia. Cincin ni dia hantar kelmarin."

"Dia... jumpa ma dengan abah ke?" soal Malikh teragak-agak, ragu-ragu. Biar betul along ni?

"Jumpa along aje. Dia minta along tanya kan. Dia segan juga tu, tapi nampak bersungguh along tengok," ujar Nabilah. Teringat kembali ketika Tania bertemunya semalam. Dia pun terkejut sejujurnya, tak pernah dia dengar Malikh bercinta dengan gadis itu. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dah masuk meminang. Rare sungguh perempuan meminang lelaki!

"Aiden tak naklah, along." Dia tutup semula kotak cincin dan dihulurkan kepada Nabilah.

"Kenapa tak nak?"

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now