Bab 11

133 23 2
                                    

BAGASI dan beberapa barangan lain dimasukkan lalu but kereta ditutup. Setelah itu, susuk tubuh ibu yang berdiri di pintu dia hampiri.

Sedar tak sedar, berlalu sudah tempoh sebulan dia berada di sini. Tiba masanya untuk kembali ke tempat asalnya, menjalankan tanggungjawab mencari rezeki di negeri orang.

"Adik gerak dulu, ibu. Jaga diri tau." Tubuh Fatimah dipeluknya erat bagai tiada hari esok.

Yalah, takdir itu tak ada siapa yang tahu. Manalah tahu, boleh jadi ini adalah pelukan yang terakhir?

"Bawa kereta hati-hati." Tania mengangguk.

Perlahan kereta bergerak meninggalkan pekarangan rumah selepas itu. Sengaja dia biarkan tayar itu bergolek pada kadar kelajuan setara dengan siput, sambil mata tak lepas mencuri pandang ke arah cermin pandang belakang.

Malang sekali, hampa. Tania mengeluh sendiri. Itulah orang kata, jangan berharap sangat. Nanti kecewa. Kerusi penumpang di sebelah dijeling. Sebuah bekas berisi air yang dipasang tali keledar membuatkan dia tersenyum nipis.

...

"Nah!" Wajah Malikh dengan titisan peluh yang merenik di dahi dipandang.

"Apa ni?"

"Eden."

"Eden?" Bekas huluran Malikh disambut dan dibelek isi dalamnya. Seekor ikan yang riang berenang membuatkan dahinya berkerut halus.

Ikan Eden? Tak pernah pula dia dengar. Kalau Oden tu selalu juga, tapi setahu dia Oden tu makanan.

"Ini bukan ikan laga ke, awak?" Wajah Tania yang clueless buat tawa Malikh terletus.

Alahai, comel sungguh.

"Betullah tu, ikan laga. Untuk awak," terangnya. Barulah kerutan halus tadi beransur hilang.

"Oh... Tapi kenapa Eden?"

"Sebab..." Malikh diam sejenak. Senyuman panjang yang menghiasi wajah tampannya buat dada Tania berdebar.

Tak, tak. Ini bukan debaran sebab takut, tapi debaran teruja. Indahnya makhluk ciptaanMu, Ya Rabbi!

"Sebab?"

"Malikh Aiden yang tolong tangkap. So, Eden." Jawapan Malikh buat Tania tergelak. Barulah faham. Aiden, Eden. Alahai, ingatkan apalah tadi!

"Untuk saya je ke? Budak dua orang tu?" Sempat dia jeling anak-anak saudaranya yang masih mengelilingi baldi ikan keli tadi.

Jakun sungguh!

"Saya dapat seekor je. Saya bagi awaklah, bagi budak-budak tu nanti berebut pula."

Serta-merta bunga-bunga yang mekar dalam hati Tania menguncup. Hmm, ingatkan Malikh memang tangkap khas untuk dia.

Ceh, Tania. Kuat berangan sungguh kau ni!

"Terima kasih."

"Awak duduk sini sampai bila?" soal Malikh. Tak semena-mena, riak wajah Tania bertukar mendung.

"Lusa. Sepatutnya sampai minggu depan, tapi abang saya dapat cuti seminggu. Kebetulan, bos pun nak saya masuk kerja semula secepat mungkin."

Jeda. Malikh sekadar mengangguk-angguk mendengar jawapan Tania. Air mukanya yang nampak berubah sedikit buat Tania tertanya-tanya.

Adakah Malikh pun merasakan apa dia rasakan saat ini?

Ah, jangan mengarutlah Tania. Tak mungkin.

Seminit berdiam diri, Malikh kembali mengangkat wajah dengan senyuman tipis.

"Sebelum awak bertolak, tunggu saya. Saya nak jumpa awak untuk kali terakhir."

...

Pon! Pon!

Bunyi bingit hon mematikan lamunan panjangnya tentang semalam. Cermin sisi kereta dilihat, sebuah motorsikal yang mengekori rapat keretanya buat matanya memicing sedikit.

Itu bukan ke... Malikh? Lantas stereng dikilas ke tepi, kereta diberhentikan di bahu jalan. Tingkap dibuka apabila Malikh berhenti di sisi keretanya.

"Sorry, saya sakit perut tadi. Awak dah nak balik ke?" Wajah sang jejaka yang menghiasi ruang mata buat Tania tersenyum.

Malikh tak mungkir janji!

"Kita akan jumpa lagi, kan?"

Tania tergelak. Soalannya pun, macamlah selepas ini dia nak berhijrah ke Afrika Selatan! "Saya masih dalam Malaysia la, Malikh. Bukannya jauh pun."

Malikh tersengih. Sesaat, sebelum kembali mengujar, "Bawa kereta elok-elok. Jaga diri," pesannya. Wajah Tania yang manis bertudung bawal itu dia tatap sekejap.

Dan paling penting, tolong jaga hati. Tapi, itu cuma mampu terluah dalam hatinya.

Sedar diri Malikh, tolong sedar diri.

Tania yang sedang menjadi tatapan terkelu lidah jadinya. Aduhai Malikh ni, suka sangat buat dia terkaku membisu! Ligat akalnya mencari idea untuk melepaskan diri dari pandangan Malikh. Sehinggalah mata jatuh pada topi yang terletak di atas dashboard.

"Oh ya, nasib baik saya teringat." Topi hitam itu dicapai.

"Topi awak."

Malikh geleng, huluran topi dia tolak perlahan. "Simpanlah. Boleh peluk kalau rindu saya." Dia kenyit mata di hujung kata. Buat tawa penuh canggung Tania meletus.

Huaaa ibu, kenapa anak Leftenan Harun ni manis sangat orangnya!

"Awak bawa Eden?" soal Malikh apabila terperasankan sebuah akuarium kecil yang dipasang tali pinggang keledar di sebelah Tania.

"Tak ada siapa nak jaga kat sini." Malikh angguk. Betul juga.

Sekali lagi, jeda. Malikh termangu-mangu sendiri, cuba menyusun ayat perpisahan untuk diucapkan buat kali terakhir.

"Hmm, you know, Tania. I think it was nice meeting you," ujarnya perlahan. Separa berbisik biarpun mereka cuma berdua.

Tania tertunduk seraya membalas perlahan, "Me too."

Masing-masing terdiam lagi, sama-sama mengimbas kembali kenangan sepanjang tiga minggu berkenalan. Perkenalan tidak sengaja yang menjalinkan persahabatan antara mereka. 

Juga, menumbuhkan secebis rasa jauh di sanubari masing-masing, namun tak pernah cuba untuk diluahkan.

"I think you should go now. Looking forward to see you soon." Malikh menapak sedikit menjauhi pintu kereta. 

"Insya-Allah."

"Drive safe."

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Dengan itu, roda mula berputar perlahan meninggalkan Malikh. Badan kereta yang kian menjauh itu Malikh perhatikan dengan senyuman tipis. 

Tania, saya dah mula sukakan awak.

Dan pada masa yang sama, Tania yang turut memerhati kelibat Malikh dari cermin sisi itu melepaskan keluhan panjang.

Akan adakah peluang untuk dia meluahkan perasaannya? Atau semua sekadar angan-angan yang tak mungkin tercapai?

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now