Bab 20

106 18 6
                                    

A/N : I kenot resist. Nak jugak double update. Korang kena bersyukur dapat author macam saya, tibeh.

Sepatutnya ni bab terakhir, tapi saya decide tambah lagi dua bab. Baik kan saya? Tekan vote patt!

Btw, cerita ni agak fast paced, sebab plan asal nak buat short story je. Hehe.

SABTU itu, Tania pilih untuk tidur sepanjang hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SABTU itu, Tania pilih untuk tidur sepanjang hari. Kesibukan bekerja buat dia rasa betul-betul lesu. Tempat baru, skop kerjanya pun dah bertukar jadi pasti ambil masa untuk dia sesuaikan diri dengan jadual barunya.

Kedengaran suara azan berkumandang, mengejutkan Tania yang sedang terlena. Jam dinding dijeling, pukul 4:34 petang. Dah tiga jam dia tidur sejak tengah hari tadi. Nasib baik dia cuti. Terpisat-pisat dia bangun dan kemudian bangkit menuju ke dapur.

Sebiji gelas diambil dan diisi dengan air sejuk sehingga separuh gelas lalu diteguk rakus. Haus! Panas sungguh Malaysia tanah tumpah darahku ini.

"Adik!" Suara Fatimah mengalih pandangan Tania yang masih meneguk air di meja makan. Kening diangkat sebelah, tanda menyahut panggilan si ibu.

"Pakai tudung adik, keluarga Malikh ada kat luar!"

Pufff!

"Hah?" Tania lap pinggir bibir dengan lengan baju. Tak peduli dengan permukaan meja yang basah akibat air yang diminum tersembur keluar.

"Malikh datang dengan mak ayah dia kat luar, pergi pakai tudung!" ulang Fatimah sekali lagi sambil mencapai jag air. Pastinya untuk menyediakan air minuman buat tetamu. Tania termenung sejenak di meja.

Kenapa Malikh datang?

"Kenapa Malikh datang, ibu?"

"Adik, pergi pakai tudung dulu."

"Yalah, ibu..." Tania bangkit mencuci gelas dan apabila dia selesai, dia nampak ada figura lelaki berdiri di pintu dapur.

Pandangan dia dan lelaki itu bersabung. Kelopak mata Tania yang sudah sedia bulat semakin meluas.

"Ibuu!" Spontan baldi yang ada berdekatan dia ambil dan ditelangkup ke kepala.

Ibu, aurat kita orang dah tengok!

"Alamak, saya minta maaf!" Suara Malikh kedengaran panik. Dia dengar Malikh minta maaf dengan ibunya selepas itu dan bertanyakan di mana kedudukan tandas.

"Tandas kat situ."

"Terima kasih."

Dan jeda selepas itu. Tania rasa ibunya dah keluar, tapi dia tak berani nak menjenguk. Malikh ada lagi ke kat sini?

"Maaf, Tania. Emergency tadi cari tandas. Awak pergilah pakai tudung. Saya nak ke tandas." Tersentak dia mendengar suara lelaki betul-betul di sebelahnya. Kedengaran bunyi pintu bilik air ditutup selepas itu, terus Tania memecut masuk ke biliknya.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now