Bab 3

205 27 1
                                    

"TANIA, ibu panggil kat dapur." Zarif memanggil adiknya yang sedang duduk diapit oleh anak-anaknya. Melihat tangan masing-masing sedang memegang controller PS4 buat dia tergeleng sendiri.

"Alaa, sekejaplah. Orang dah nak menang ni," sahut Tania sambil mata tak lepas memandang skrin televisyen. Tersenyum lebar dia melihat kedudukan terkininya yang jauh ke hadapan meninggalkan anak-anak saudaranya.

"Macam budak-budak," gumam Zarif. Menyesal pula dia kenalkan permainan video itu kepada adiknya yang seorang ini. Natijahnya setiap kali pulang ke kampung, rumah ibunya ni dah tak saling tak tumpah macam taska. Bising yang amat!

"Adik!" Suara Fatimah yang melaung buat Tania spontan menekan butang pause.

"Adik, sini sekejap!"

"Ya, sekejap ibu!" Tania bangkit dan controller diserahkan kepada Zarif.

"Nah, abang sambung," katanya dan segera berlalu ke dapur.

"Ada apa, ibu?"

"Pergi siap. Ikut ibu pergi rumah Hajah Fareha."

Serta-merta mimik muka Tania berubah cemberut.

"Alaa, nak buat apa?"

"Buat apa? Kan si Najwa anak dia nak kahwin esok, kita pergi tolong apa yang patutlah."

Tania berdecit di dalam hati. Alaa, kenapa ibu ingat! Dia baru bercadang tak nak pergi. Malas pula nak bersosial dengan orang ramai.

"Kena pergi ke? Ibu pergi seorang tak boleh?"

Soalan Tania itu buat Fatimah yang sedang menyusun pinggan terhenti pergerakannya. Melihatkan ibunya yang berura-ura nak membuka mulut, pantas Tania memintas.

"Okey, okey! Adik siap sekejap." Dengan langkah tergesa-gesa dia berlalu ke biliknya. Sebelum ibu lancarkan bebelan nuklear yang boleh buat gegendang telinga dia terbelah lapan dan tahi telinga dia cair, baiklah dia tak melawan dan akur sahaja.

"Ramainya orang." Itu komen yang terpacul keluar sebaik sahaja mereka tiba di pekarangan rumah Hajah Fareha.

"Dah nama pun rewang," balas Fatimah sebelum berlalu apabila rakan-rakannya memanggil. Tania dibiarkan terkulat-kulat sendiri. Nak ikut ibu, dia takut dia pula yang meluat kalau ada yang tanya bila dia nak kahwin.

Maklumlah, Wawa yang gengster itu pun dah jumpa jodoh. Takkan dia yang perempuan Melayu terakhir ni nak jadi anak dara tua?

"Sini, Tania!" Suara yang menyeru itu menoktahkan rasa canggungnya. Laju langkah kaki dibawa menuju ke sebuah khemah berhampiran garaj kereta. Ada Wawa yang sedang memotong timun dan beberapa sayur yang lain.

"Hai, bakal pengantin pun busy?"

"Haruslah. Kalau tak mahu mak aku bebelkan aku kalau aku duk berkurung je dalam bilik." Tania ambil tempat di sebelah kiri Wawa dan turut mencapai pisau dan sebatang lobak merah.

"Kau seorang aje ke?" soal Wawa.

"Datang dengan mak aku."

"Tak. Maksud aku, kau single lagi?"

Tania pandang Wawa. Minah ni pun dah berjangkit virus bawang ke?

"Kalau jodoh kau sesat kat Scotland, jodoh aku sesat kat alam sebalik mata. Tak pun alam bunian. Itu yang tak nampak batang hidung sampai ke sudah," ujarnya selamba. Wawa tergelak.

"Tak apa Tania. Enjoy aje hidup selagi boleh. Esok kalau kau dah kahwin, jadi macam kakak ipar aku tu." Tania menoleh ke arah yang bibir Wawa memuncung. Seorang wanita yang sedang mengejar seorang kanak-kanak lelaki melintas di hadapan mereka berdua.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now