Bab 22 [akhir]

139 22 2
                                    

GARANG bunyi deruman enjin membelah kesunyian malam, namun tak jua Tania tahu ke mana destinasi mereka. Tangan naik menyentuh kain yang menutup kedua belah matanya.

"Haip, jangan buka!" Malikh bersuara. Tangan kembali dijatuhkan ke sisi.

"Ni apa pula tutup mata ni, awak nak jual saya ke?"

"Apa pula nak jual bini cantik macam ni. Sekejap ye, sayang. Dah nak sampai dah," balas Malikh. Tania merengus perlahan.

Nak sampai, nak sampai. Dah sepuluh kali dia tanya soalan sama tapi itu jugalah jawapannya.

Tayar kereta berhenti di sebuah binaan besar. Malikh pandang papan tanda yang tergantung di puncak bangunan. Bibirnya mengukir senyuman.

"Jom, kita turun." Dia kemudian turun dan membantu Tania menjejakkan kaki ke tanah.

"Awak bawa saya pergi mana ni? Sungai Golok ke?"

"Kenapa sampai ke Golok pula?"

"Mana tahu awak nak jual saya. Dahlah bunyi cengkerik kuat semacam je!" Malikh picit pangkal hidung Tania.

"Sakitlah! Apa ni?"

"Jual, jual. Ikat taruh dalam kandang Rapunzel kang!" Malikh mengujar dalam gigi yang terketap. Geram sungguh! Tania cuma tayang sengihan.

Malikh bergerak ke belakang Tania. 

"Saya kira sampai tiga, awak buka mata." Tangan bersedia untuk meleraikan ikatan di kepala Tania.

"Satu, dua, tiga!"

Cahaya menerobos masuk ke dalam kornea Tania, sampai terpejam matanya jadinya. Tania terngadah melihat binaan gah di hadapannya ketika ini. Papan tanda yang bercahaya dibaca.

Den's Dairy.

"Presenting to you, my very own dairy factory." Malikh senyum bangga. Terasa ada pukulan kecil menghentam bahunya selepas itu.

"Sampai hati tak bagitahu apa-apa!"

"Nama pun surprise, mana boleh bagitahu. Jom, kita masuk dalam." Genggaman mereka bertaut. Melopong saja reaksi Tania sepanjang mereka memasuki bangunan kilang itu. Melihat pelbagai mesin canggih yang ada dengan ruangan berskala besar buat dia betul-betul kagum.

Jatuh cinta berkali-kali dengan Malikh Aiden!

"Patutlah awak busy betul dua tiga bulan ni?" Teringat semula kesibukan Malikh sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kadang-kadang sampai tertidur dia tunggu Malikh pulang. Kalah dia yang kerja di pejabat!

"Sorry sayang kalau sayang rasa saya abaikan sayang." Tiba-tiba bibir Malikh mendarat sekejap di dahinya. Terus Tania tersipu malu.

"Sebab tu jugalah awak jual semua lembu-lembu kat kampung tu?"

"Saya buat modal beli lembu susu pula. Tapi ternak dekat sini, tak ternak kat Johor. Kat sana saya fokus dengan kuda je lepas ni," terang Malikh.

Satu kawasan kilang Malikh bawa dia berjalan. Dari mesin menapis susu sehinggalah mesin pembungkusan Malikh terangkan satu-persatu fungsinya.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now