Bab 15

93 23 6
                                    

A/N : Terima kasih readers setia saya, still support walaupun dah lama saya tak update Malikh ni (). Hugs! 🫂

BADAN yang terasa sengal dijatuhkan ke tilam yang empuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BADAN yang terasa sengal dijatuhkan ke tilam yang empuk. Bantal ditepuk-tepuk sedikit lalu Malikh berbaring, matanya lurus memandang kipas yang berpusing perlahan.

Masih jelas di matanya wajah tak beriak Tania, juga jelas di telinganya nada dingin Tania menjawab sapaannya tadi.

Keluhan dilepaskan. Berpusing ke kiri, origami burung di atas night stand menjamu pandangan mata.

Memori semalam mula berputar, satu-persatu seperti sebuah filem. Memori indah kali pertama dia bertemu Tania, memori membuat origami, menghias gerai, berjalan di karnival, memancing...

Dan memori di Cameron Highlands.

Dia tak tahu sejak bila perasaan ini hadir. Tapi bila mana dia tahu hatinya berlagu risau apabila mengetahui ada ancaman yang akan berlaku ke atas Tania, satu kesimpulan dapat dia buat.

Rasa itu... kembali berdetak.

Gelak tawa Tania, senyuman Tania, tutur kata Tania, perilaku Tania... semuanya terlihat sempurna di matanya.

Ya, rasa itu kembali menggetarkan jiwanya. Rasa cinta.

Namun kali ini, ia berlainan.

Kalau dahulu, rasa itu muncul dengan keinginan untuk memiliki. Namun kali ini, ia datang dengan perasaan ingin melepaskan.

Melepaskan kerana cinta.

Melihat layanan Tania, Malikh tahu dia sudah berjaya.

Tapi, kenapa ada ngilu yang bertandang di hati? Pelipis dipicit perlahan. Dia tahu dia sedang menyeksa hati dan perasaan sendiri.

Tapi dia terpaksa.

Jangan, Malikh. Usirlah rindu itu.

Kerana jika siapa diri engkau tersingkap, pasti Tania akan berpaling tanpa menoleh lagi.

Dia tahu.

Dia tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now