Bab 18

103 22 4
                                    

A/N : Tak sia-sia dekat setahun hiatus. Dapatlah korang semua daily update daripada saya, hehe.

Hari ni bonus, double update. Muah ciked.

"ANNA, Anaqi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ANNA, Anaqi. Duduk diam-diam! Jangan bergaduh!" Suara nyaring Tania menghentikan perbuatan dua beradik yang sedang gigit-menggigit sesama sendiri di tempat duduk belakang. Masing-masing tertunduk bila jelingan tajam Tania terhunus ke arah mereka.

Pening kepala dia bawa dua beradik ni beraya. Tengah hari tadi sedang dia bersiap nak pergi beraya ke rumah kawan lamanya, dua beradik ni riuh merayu-rayu nak mengikut. Bukan dia tak tahu kenapa, nak kumpul duit rayalah tu.

"Bergaduh lagi sekali, acu tinggal kau orang berdua dekat Tebrau. Biar masuk Singapura! Nak?" ugutnya dengan muka merah padam dan disambut dengan gelengan laju Anna dan wajah sebik Anaqi. Kedua-duanya diam menikus di tempat duduk belakang.

Tak mahu kena tinggal dekat Singapura!

Tania berpaling semula ke hadapan. Reti pun duduk diam-diam. Pelipis dipicit-picit, pening kepala dengan jalan yang tiba-tiba sesak. Ingatkan dah balik kampung tak perlulah menghadap kesesakan lalu lintas.

Hampir 15 minit kereta bergerak pada kelajuan 20km per jam, satu kawasan yang dikerumuni orang menjelaskan segalanya.

"Ada accident rupanya..." gumamnya perlahan. Kesiannya, sudahlah hari ini hari raya. Kereta diperlahankan bagi melihat kawasan kejadian.

Tipikal orang Malaysia, yang kemalangan di sebelah sana, tapi yang sesak di sebelah sini. Mentaliti menyibuk dan rasa ingin tahu yang kuat itu tak dapat dipisahkan.

But that makes us a proud Malaysian.

Bergerak sedikit ke hadapan, dia lihat ada sebuah sedan buatan Malaysia hancur bahagian hadapan, dan satu motorsikal yang hancur tersadai di tepi jalan.

Nanti dulu. Tania picingkan matanya. Serta-merta darah dalam pemburuh berderau, lantas dia beri signal ke kiri.

"Acu nak pergi mana?" Anaqi menyoal apabila Tania membuka tali keledar yang dipakai.

"Sekejap ya. Korang tunggu dalam ni. Jangan bergaduh pula," pesan Tania dan kemudian dia turun dari kereta. Kaki melangkah mendekati orang ramai yang sedang berkumpul.

"Tumpang lalu," ucapnya sambil cuba menyelit untuk sampai ke hadapan. Biasanya dia tak pernah ambil port pun kalau ada apa-apa kemalangan, cukup memerhati dari kereta sahaja. Tapi sesuatu yang dia lihat tadi buat dia ingin memastikan kalau dia tak tersalah tengok.

Setelah bersusah payah menyelitkan diri, Tania sampai di barisan paling hadapan. Sekujur tubuh yang terbaring menyapa pandangannya, namun tak terlihat wajahnya dek topi keledar yang dipakai. Lantas mata dilarikan ke arah motorsikal yang hancur lebur di bahu jalan. Nombor plat dibaca.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now