Bab 6

143 25 0
                                    

A/N : Saya perasan plot cerita ni slow sikit. Lambat sikit interaksi antara hero dan heroinnya hehe.

"IBU!" Bergegas dia menerpa ke arah figura yang sedang berdiri di hadapan papan pemotong itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU!" Bergegas dia menerpa ke arah figura yang sedang berdiri di hadapan papan pemotong itu.

"Ibu ni, kan doktor dah pesan jangan banyak bergerak." Bahu ibunya dipaut dan dipapah ke kerusi.

Baru Tania tahu dari mana dia mewarisi sifat degilnya. Sejak pulang dari hospital semalam, memang tak reti duduk diam sungguh ibunya ini. Dengan kaki terseliuh, pinggang tergeliat pun masih gigih nak membuat kerja-kerja rumah.

Mujur juga tiada apa-apa yang serius memandangkan kepala ibunya tidak terhantuk ke lantai. Syukur Allah masih panjangkan nyawa ibunya.

"Dah tu, kamu ingat ibu boleh duduk diam tengok kamu potong sayur pun bagai nak terbalik dapur ibu ni?"

Tania mencebik dalam hati. Alaa ibu ni, perli dialah tu! Mentang-mentanglah bunyi dia potong sawi riuh satu rumah.

"Alaa ibu ni... Adik tahulah nak buat macam mana. Dah, dah. Ibu pergi rehat," ujarnya dan ibunya dihantar semula ke ruang tamu.

Kembali ke dapur, dia menyambung kerja-kerja yang tergendala sehinggalah terasa ada kelibat manusia lalu di belakangnya. Bunyi kerusi ditarik buat dia menoleh spontan.

"Riuh sekampung, masak apa?" Zarif bertanya. Tudung saji di meja dia buka.

"Noh, sup daging dengan ayam goreng aje pun. Bisingnya serumah, macam tengah rewang," perlinya apabila melihat hidangan makan tengah hari yang tersedia. Tania yang sedang menggoreng sayur menjeling.

Tengoklah tu, satu hari tak buat dia rasa menyampah memang tak sah!

"Ni, abang nak cakap sikit."

"Abang cakap benda yang bukan-bukan, orang kerat lidah abang. Goreng sekali dengan sayur dalam ni," ujarnya memberi amaran. Zarif tergelak kecil. Garang betul!

"Tak ada yang bukan-bukan pun, abang nak tanya aje. Boleh tak kalau adik stay kat kampung jaga ibu untuk sebulan ni?"

Sayur yang siap digoreng dipindahkan ke dalam pinggan. Meja makan dihampiri dan Tania tarik kerusi bertentangan dengan abangnya.

"Maksud abang, nak adik cuti sebulan ke?" Zarif mengangguk.

"Ambil cuti sebulan tanpa gajilah. Abang tahu sebagai anak lelaki, sepatutnya abang yang jaga ibu. Tapi abang tak rasa abang mampu nak tanggung family kalau abang ambil cuti tanpa gaji."

"Nanti pasal belanja keperluan adik macam skincare, baju, makan dan lain-lain tu abang akan tanggung sepanjang sebulan adik tak kerja tu. Boleh?" tokoknya lagi.

Tania mengangguk-angguk. Faham dengan keadaan abangnya yang dah pun berkelurga. Anna dan Anaqi pun dah bersekolah, pasti saja memerlukan banyak perbelanjaan. Pasal duit belanja, dia tak kisah sangat kalau setakat sebulan memandangkan dia pun ada simpanan sendiri.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now