Bab 14

109 21 2
                                    

TERKEBIL-KEBIL mata bundar Tania mendengar namanya meniti di bibir lelaki asing ini.

"Awak ni siapa?" Tania ajukan persoalan yang bermain di minda.

"Saya Saif. Pekerja Abang Malikh." Lelaki itu perkenalkan diri. Tania masih diam. Jawapan itu tetap tak mampu menghilangkan persoalan yang mengelilingi fikirannya.

"Macam mana awak kenal saya?"

Sesaat, dua saat. Sepasang mata itu cuma terkelip-kelip sebelum membuka mulut,

"Err... saya... minta diri dulu."

Dan lelaki itu berlalu selepas itu. Tania ditinggalkan dengan rasa pelik lagikan hairan.

Ingatkan Malikh seorang dah cukup aneh, pekerja dia pun sama? Tania sambung melangkah ke dalam pasar raya.

Biarlah, tak penting. Lelaki itukan bukan sesiapa lagi buatnya.

 Lelaki itukan bukan sesiapa lagi buatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ASSALAMUALAIKUM!"

Dua minit menunggu, kelibat seorang wanita separuh abad di jendela rumah menyapa pandangan mata. Tania ukir senyuman.

"Waalaikumussalam. Eh, Tania rupanya. Nak ambil baju mak?" Soalan itu dibalas dengan anggukan.

Puasa lagi seminggu, tapi ibunya dah siap tempah baju raya. Memang begitu adatnya sebab katanya bulan Ramadhan bulan untuk beribadah. Tania ikutkan sajalah, lagipun ada betulnya juga.

"Haah, mak cik."

Pintu rumah dibuka selepas itu. Rahmah tersenyum manis menyambut tetamunya.

"Awak naiklah dulu. Mak cik tengah sibuk kat dapur ni," jemputnya. Perlahan Tania tanggalkan sandal dan menaiki tiga anak tangga sebelum sampai ke muka pintu.

"Assalamualaikum..." katanya perlahan. Mata meliar ke segenap ruang tamu rumah sederhana besar itu.

Rumah Cik Mah dan suami, Leftenan Harun.

Dalam erti kata lain, rumah ibu bapa Malikh Aiden.

Harap anak bujang tuan rumah itu tak adalah. Dia malas nak bertemu dengan lelaki itu, meskipun hatinya kuat mengatakan dia sudah tiada rasa lagi terhadap Malikh.

Tapi jauh di sudut hati, dia takut benteng perasaannya goyah.

"Jemputlah duduk, Tania. Mak cik dengar mak kamu kata kamu dah pindah? Balik duduk sini?" Rahmah bertanya usai Tania melabuhkan punggung di sofa.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now