Bab 17

98 21 4
                                    

A/N : Hehehe banner baru untuk divide scene. Comey tak?

(Play Seperti Dulu by Forteen for this chapter)

Sehari terasa bagai semingguSebulan terasa bagai setahunMencari cinta yang gugurDari genggamanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku

Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

JEMARI yang memetik gitar terhenti. Gitar diletak ke riba, langit malam yang ditaburi bintang ditatap tanpa perasaan. Kedengaran bunyi pintu biliknya dibuka dari luar.

"Amende kau ni, Den? Malam raya orang duk happy kau bersendu segala dalam bilik ni, apasal?" Suara alongnya, Nabilah menyoal. Berpeluk tubuh memandang si adik yang tersandar lesu di jendela bilik.

Putus cinta ke budak ni?

"Kacaulah kau ni long," rungut Malikh tanpa berpaling. Nak fefeeling sikit pun tak boleh!

"Keluarlah. Pergi layan anak buah kau, merengek-rengek nak main bunga api."

"Fadzrin ada kan." Malikh berkata malas. Fadzrin itu abang iparnya.

"Si Ayeen tu mana maunya, nak main dengan kau jugak. Pergilah."

"Nantilah..."

"Suka hati kaulah." Nabilah tutup semula pintu. Malas nak faham orang broken tak tentu hala.

Tup!

Kesunyian kembali menyelubungi. Dia lepaskan keluhan, untuk kali yang dia sendiri tak mampu kira.

Dulu dia kata pada Saif, melepaskan kerana terpaksa dengan dilepaskan kerana benci, lain rasanya.

Dilepaskan kerana benci,

dengan melepaskan kerana rela walaupun cinta,

memang benar berbeza.

Namun kali ini, ternyata dia silap. Ternyata bahawa melepaskan itu lebih terasa sakitnya.

Wajahnya diraup perlahan. Eden yang dia letakkan bersebelahan origami burung di night stand dipandang.

God, I want to be selfish.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now