Bab 12

106 20 8
                                    

A/N : Rindu saya? I'm back!

JARI-jemari yang terasa ngilu dipatah-patahkan, leher yang terasa sengal diurut perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARI-jemari yang terasa ngilu dipatah-patahkan, leher yang terasa sengal diurut perlahan. Terkelip-kelip matanya menahan kepedihan akibat menghadap skrin komputer terlalu lama. Jam dinding dikerling.

12:03 malam.

Tania tergeleng sendiri. Jadual tidurnya sejak kebelakangan ini memang tunggang-terbalik, silap-silap burung hantu pun dapat tidur yang lebih cukup daripadanya.

Akuarium kecil di sudut meja dipandang. Ikan laga yang statik tidak bergerak itu sedang menghadapnya, buat Tania turut termenung memandang ia. Persis menzahirkan kata lewat pandangan mata. Tak sedar, keluhannya terlepas.

Lebih sebulan sudah berlalu. Sebulan sejak kali terakhir dia bertemu Malikh. Juga sebulan sejak kali terakhir dia berhubung dengan Malikh. Entah di mana silapnya, mereka terputus hubungan begitu sahaja.

Semuanya berlaku secara mendadak. Dua hari selepas dia pulang ke sini, ibunya memberitahu bahawa Malikh turut meninggalkan kampung. Entah ke mana. Entah mengapa.

Bukan dia tak cuba menghubungi lelaki itu, tapi hanya suara operator yang menyambut panggilannya. Malikh hilang tanpa jejak. Nak ditanya pada keluarga dia, hairan pula mereka nanti. Sudahnya tinggallah dia dalam kebingungan. 

"Eden, I miss him..." bisiknya. Sebuah keluhan dilepaskan.

Nak kata dia ada buat salah, dia masih ingat senyuman manis jejaka itu saat kali terakhir mata mereka bertentangan. Tapi bila keesokan harinya dia menghantar mesej, tiada balasan diterima.

Telefon di atas katil dicapai dan punggung dilabuhkan ke tilam. Nama Malikh ditekan.

"Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi."

Untuk kali yang dia sendiri tak dapat kira, suara wanita itu berbunyi di hujung talian. Sudahnya, peranti pintar itu dimatikan dan dia terbaring sendu memandang bilah kipas yang ligat berputar. Lama, sehingga pandangannya jadi kabur dan berbalam.

Selama bertahun-tahun dia tutup rapat pintu hati dan perasaan, akhirnya ini yang dia terima apabila dia cuba memberi peluang. Mungkin ini kesilapannya, terlalu cepat menjatuhkan perasaan pada tempat yang salah.

Dan akhirnya, yang terluka itu cuma dia. Buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun hidup seorang Tania, lenanya bersulam linangan air mata yang tidak berkesudahan.

Dia janji, cuma untuk malam ini. Dan esok dia akan bangkit menjadi Tania yang lama. Seorang Tania yang tak akan pernah membuka hati untuk mana-mana lelaki lagi.

Milik Mutlak Malikh [completed]Where stories live. Discover now