Bab Teaser

67 3 2
                                    

Suasana di dalam rumah kayu Datuk Gong sedikit kelam kabut. Kemunculan sejenis hantu dari luar negara beberapa bulan yang lepas, berjaya mendatangkan huru-hara di pejabatnya. Sudah beberapa kali, ada hantu yang datang dan mengadu. Lantas meminta Datuk Gong, selaku pengurus di pejabat pengurusan Kampung Mudah untuk menyelesaikan isu ini. Tadi di bilik mesyuarat, berlaku sebuah perbincangan yang agak berat dan sedikit memeningkan kepalanya.


*******


"Mengapa di benarkan orang luar bermaharajalela dekat kampung kita ni? Itulah dia kalau minda dipengaruhi dengan ideologi orang putih. Habis jahanam anak jati hantu negara ni nak mencari makan,"ujar Hantu Selipar, sepertinya kehambaran beliau dalam memunculkan diri dalam minda takut manusia, benar benar merupakan kesalahan hantu dari luar negara itu.

Apalah nasib, nama diberi pun Hantu Selipar. Apa saja agaknya cara dia hendak menakutkan manusia? Dengan cara menghilangkan diri? Jika berlaku begitu, orang akan lebih memilih untuk berasa marah sebenarnya.

"Sesuatu perlu dilaksanakan Datuk Gong! Kita tak boleh biarkan! Nanti kelak, semua hantu yang ada di negara ini, akan dipandang lekeh! Lihat sajalah apa yang terjadi pada Hantu Lompat di negara Hong Kong sana! Cerita mereka sudah jadi cerita komedi! Aku tak mahu nasib anak cucu cicit kita menjadi komedi!" jerit Hantu Ketiak pula.

Kasihan betul hantu-hantu ini.

Datuk Gong tidak boleh menunggu lagi. Dia yang dari tadi kelihatan tenang di kerusi besar, mula menghisap rokok. Melihatkan anak-anak muda ini yang bercakap dengan suara tinggi sambil kaki di atas meja, memang mampu mendatangkan baran ke dalam jiwa sesiapa saja. Bagi Datuk Gong, lebih baik dia habiskan masanya berfikir, ayat apakah yang boleh dilontar untuk mendiamkan mulut anak muda yang hanya tahu mengkomplen tanpa mahu berusaha sendiri ini.

Dapat.

"Benar, sesuatu perlu dilakukan. Tapi bukan saja oleh aku, oleh kalian juga. Kalian perlulah menjadi sehantu yang berkaliber! Yang handal! Yang tidak terkalah oleh mana-mana jenis hantu yang lain! Hantu yang tinggi kualitinya, pasti boleh bersaing! Kamu sendiri, tidakkah mahu memajukan diri sendiri? Aku sudah sediakan kursus untuk kalian dua minggu sudah. Ada yang hadir?"

Semua hantu yang sedang ada di dalam bilik mesyuarat, senyap semuanya. Yang menghisap rokok, sambung menghisap rokok sambil memandang ke luar jendela. Yang sedang duduk di pintu, sambung memandang ke kejauhan sambil menghembuskan nafas yang kuat. Yang sedang memandang cawan kopi, mula menghirupnya sekali.

Datuk Gong menjadi geram.

Itulah masalah yang sedang dihadapi oleh semua hantu yang menetap di Kampung Mudah. Terlalu selesa sehingga tidak mahu memajukan diri ke arah yang lebih baik.


*******


Dari sudutnya, sudah berapa banyak tenaga pengajar yang dibawa datang ke Kampung itu untuk hantu kampung menyertai kursusnya. Namun, haram. Jangan kata mahu hadir, mengisi nama di dalam borang penyertaan pun mereka malas. Bukan murah menjemput penceramah dari bandar. Dan kebanyakan masa dananya itu, datang dari poketnya sendiri.

"Itu ada semut dua ekor di tengah dewan tu. Rasanya bolehlah saya mulakan kursus saya ni ya Datuk Gong?" ujar En. Hamidi, seorang penceramah motivasi diri yang mati kerana membunuh diri.

Malu benar Datuk Gong malam itu. Kerana dia sendiri yang benar-benar yakin, sekurangnya dua ratus ekor hantu akan hadir. Lagi lima ratus, akan duduk di luar dewan, sambil memerhatikan kursus dari celahan tingkap. Rupanya, itu semua hanyalah harapan palsu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DihantuWhere stories live. Discover now