Bab 8.6

3K 199 18
                                    

Encik Toyol sudah nekad. Malam ini adalah malam di mana dia mengakhiri hayatnya di dunia. Tidak sanggup lagi dia mengalami kegagalan yang berterusan. Walau ada terbit rasa rindunya pada ibu, namun egonya mengatasi segala-galanya. Lebih kepada rasa takut. Tidak mungkin dia akan berlari bogel keliling kampung sambil diperhatikan oleh Koyol. Menggeletar sekejap badannya tatkala teringat saat Koyol menjilat bibirnya sendiri. Geleman.

Encik Toyol masih lagi memegang kaset di tanganya. Tidak dimasukkan kerana sedang membuat pilihan tentang bagaimana dia harus mati malam ini. Sama ada side A, Surah Al-Anfal. Ataupun side B, Surah Al Fatihah bersama dengan Ayat Kursi. Dikhabarkan pendengaran ayat-ayat suci Al Quran ke telinganya bakal menyebabkan dia rasa hangat membakar. Sehinggakan ianya mampu untuk membunuhnya. Itu yang disampaikan kepadanya tatkala dia berbual dengan seekor hantu yang emo di Pasar Rambang dua hari lepas.

Encik Toyol memilih Side B.

30 minit berlalu dan jari Encik Toyol masih lagi menggeletar hendak menekan butang Play. Walaupun dikhabarkan kepada dirinya berkali-kali bahawa dia sudah nekad dan tidak gentar menghadapi mati, jauh di sudut hatinya masih lagi ada perasaan takut yang membuak-buak. Bagaimana kalau dia cuma terbakar, namun tidak mati? Hantu Emo yang dijumpainya dua hari lalu hanya sembang kencang dan kematian itu tidak akan berlaku dengan hanya mendengar kaset yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran? Bagaimana kalau dia benar mati namun ianya tidak seperti yang disangkakan? Kehidupan selepas mati itu sebenarnya lebih menyusahkan dirinya? Bagaimana dengan nasib ibunya nanti yang setiap malam menanti akan kepulanganya di kampung (menurut surat yang diterimanya setiap minggu)? Semua persoalan itu timbul satu persatu ke dalam fikirannya sekaligus menyebabkan tubuh Encik Toyol menggigil lebih teruk. Ternyata, ianya bukanlah sebuah keputusan yang mudah.

"WOI!" jerkah satu suara dari belakangnya.

Encik Toyol melatah.

*******

Encik Toyol masih lagi berbelah bahagi. Sama ada mahu berpatah balik ataupun tidak. Bukan atas sebab janjinya pada Pontianak. Bukan lansung. Tujuannya hanyalah hendak mengambil semula Walkman kaset yang dicampakkan olehnya ke dalam semak sebentar tadi. Menyesal bukan kepalang bila Encik Toyol memikirkan semula akan tindakannya itu. Memang kalau mengelabah, Encik Toyol ini gemar membuat tindakan-tindakan yang mengundang penyesalan. Kalau tidak diambil, terasa rugi. Walkman kaset itu bukan murah harganya. Bertahun juga Encik Toyol berlapar semata-mata hendak memilikinya dahulu. Malah, bayaran penuhnya pun belum dilunaskan lagi. Encik Toyol membelinya dengan cara ansuran mudah dan bunga yang dikenakan padanya begitu tinggi. Tambahan lagi, dengan Walkman kaset itu jugaklah nanti akan digunakan sebagai modus operadisnya untuk membunuh diri.

Dengan sekali tarikan nafas, Encik Toyol bertekad. Untuk kembali semula ke tempat Pontianak menunggunya. Di dalam hati, Encik Toyol berjanji sendiri. Jika berlaku suatu keajaiban akibat daripada Pontianak itu, dia tidak akan membunuh diri. Itu sudah pasti petunjuk untuknya agar tidak membuat tindakan yang tidak masuk akal itu. Mana tahu, sebenarnya Pontianak itu sebenarnya berbakat besar dan berpotensi.

"Allah...."

Encik Toyol kenal benar dengan suara itu. Dan suara itu datang dari tempat di mana Pontianak sedang berada ketika ini. Encik Toyol berlari sekuat hati. Dan sebaik tiba, dia melihat di depan matanya Lebai Leman, antara manusia yang digeruni di Kampung Mudah itu pengsan sampai tercirit di hapadan Pontianak yang kemerahan darah. Ini bukan hal yang boleh dibuat main-main!

Ini petandanya, bisik Encik Toyol perlahan.

"Kau....kau berpotensi!"

DihantuWhere stories live. Discover now