Bab 9.1

2.6K 189 12
                                    

Beratus-ratus jenis hantu berjalan di laluan yang agak sempit. Adakalanya antara mereka saling berlaga bahu. Ada pekikan penjual-penjual yang berterusan mempromosikan barang jualan masing-masing dalam bahasa yang kadangnya sukar difahami. Makanan, paku, pengasah gigi, pelebat rambut, namakan apa saja. Hampir kesemuanya ada di jual disini. Dengan cahaya pelita yang agak malap dan kadangnya dibantu dengan pantulan cahaya bulan, aktiviti jual-beli berlansung dengan lancar dan sederhana tahap meriahnya. Ada pelbagai jenis hantu yang menjadi menjual, namun kebanyakannya adalah dari jenis Jiangshi. Menjual beberapa jenis peralatan yang tidak diketahui akan nama serta fungsinya. Atas faktor jika ada tulisan pun, ianya dalam bahasa cina. Inilah suasana yang dijanjikan kepada semua pengunjung Pekan Tempoyak.

Pontianak dan Encik Toyol melangkah masuk. Melalui celah-celah hantu yang sedang sibuk menjual beli. Ataupun mundar mandir tanpa tujuan. Mata-mata yang ada di sana mula memerhatikan dua individu tersebut. Dengan pandangan agak taksub, mungkin. Bukan. Bukan kerana Encik Toyol yang memakai tali leher berwarna merah itu. Keadaan Encik Toyol itu sudahpun diperhatikan penuh pelik dan lucu semenjak 6 bulan lepas. Malah, hantu yang memakai tali leher sudah pun memunculkan diri di Pekan Tempoyak ini sejak sekian lama. Tidak ada yang baru pun bagi mereka tentang tali leher itu. Mata mereka lebih tertumpu kepada rakan berjalan Encik Toyol, Pontianak. Baju Pontianak yang kemerahan itu ternyata menarik perhatian mereka yang berada di situ. Pontianak yang tadinya memandang sekeliling, kagum atas apa yang dilihatnya mula tertunduk malu. Dia tidak biasa dilihat hantu sehingga begitu. Terdengar juga cakap-cakap yang bercerita sambil menunjuk-nunjuk ke arahnya.

"Ater ni ke yang menakutkan si Lebai Leman sampai tercirit tu?"

"Gamaknya la. Yang khobarkan pada teman tadi merah menyale baju yang menakutkan si Lebai Leman tu. Merah menyale bajunya tu. Takkan Hantu Apu nak beda'ah kot."

"Ish idok le seram mana pun. Muka comei macam gitu pun si Lebai Leman boleh takut sampai cirit ke?"

"Itu power maknanya!"

Cerita dia menakutkan salah seorang manusia yang ditakuti di kampung itu sudah pun menjadi buah mulut orang. Ini sudah semestinya kerja Hantu Apu yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugas menyampai berita terkini hiburan sensasi. Ya, di setiap kampung memang akan ada Hantu Apu.

DihantuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora