Bab 3

6.4K 349 277
                                    


Jam Pukul 12.00 am

Malam yang gelap hanya disinari oleh cahaya bulan. Terdengar juga beberapa hilai tawa dari jauh. Bukan main meriah lagi hantu-hantu lain mengusik manusia yang lain malam ini.

Pontianak tiba di tepi paya, tempatnya Pontianak sepatutnya menunggu Puaka Paya. Bersama Pontianak, dia menggalas sebuah beg deuter dan di tangan kanannya memegang sampul surat coklat besar, yang didalamnya tersimpan peta ke Kampung Mudah. Ikutkan hati, dia memang malas betul nak bergerak ke Kampung Mudah tu. Biarlah, jika perlu diambil sampai sejuta kali pun untuk dia berjaya takutkan orang, dia hendaklah juga berjaya di tempat tumpah darahnya sendiri, Kampung Tanjung. Namun apakan daya, air muka Ayah Ponti dan Mak Ponti harus dijaga. Itu tanggungjawabnya sebagai anak. Tambahan pula, rasanya kalau tau si Ayah Ponti yang dia sudah 100 kali gagal, mahu Ayah Ponti menempeleng Pontianak sampai jatuh tersungkur ke tanah. Yang buatkan Ayah Ponti masih lagi tak menempeleng dia hanyalah sebab Ayah Ponti ini bodoh nombor.

Bayangkan tempoh hari semasa Ayah Ponti bermain sorok-sorok dengan anak buah Pontianak yang lain. Sampai masa, Ayah Ponti perlu jadi dan mengira.

"Ok. Menyorok ya. Pakcik kira sampai sepuluh. Satu, Epal, Sembilan, A, lima, enam, tengkujuh, dhal, tiga, sepuluh!"

Bukan main mengekek lagi anak buahnya ketawa. Sampai berguling lah jugak jadinya. Sekarang, cuba bayangkan kalau Ayah Ponti nak beli dua bijik epal di kedai. Macamana dia nak cakap ke penjual epal tu?

Hish, rasa berdosa pulak aku gelakkan ayah sendiri.

Sedang Pontianak leka melayan perasaannya, perlahan tiba sebuah sampan dari hulu paya. Perlahan bergerak mengikut kepada kayuhan seekor makhluk. Berbadan kurus keding, bertangan panjang, berambut serabai. Bajunya juga putih tetapi koyak rabak yang amat teruk. Rasanya, nak digelar baju pun, baju itu lebih bermaruah dan ada harga diri. Di atas sampan itu turut juga ada sebuah lampu minyak. Kadangkala, ternampak wajahnya si Puaka Paya yang berkedut, bergigi jongang dan bermata bengkak. Puaka Paya menyapa Pontianak dengan senyuman. Semakin jelas jongang dan rompong giginya kelihatan.

"Kau seorang saja? Mana Ayahnya Ponti? Tidak hadir sama menghantar kamu?"

Pontianak menggeleng. Sayu. Puaka Paya mendengus.

"Sial. Pandai saja dia mengelat untuk berjumpa denganku. Difikirnya, aku lupa hutangnya 4 ringgit 2 kupang itu belum dilunas?" ujar Puaka Paya.

Ceh, ingatkan segan nak hantar aku. Ngelat nak bayar hutang rupanya.

"Nanti, ini tambangnya bagaimana? Aku sudahnya tiba disini, jangan dikhabarkan hutang lagi."

Pontianak menyeluk dua belah poket dan mengeluarkan isinya. Kosong.

"Ayah kata nanti dia settle dengan Pak Ya, direct,"

Puaka Paya pun mencarut panjang dalam bahasa Belanda.

"Naiklah! Apa, mahu ditunggunya hari siang? Ataupun esok?"

Terkedek-kedek Pontianak memanjat sampan Puaka Paya.

Puaka Paya mula menguak tangan. Mengayuh sampannya menuju ke hulu sungai. Pontianak sekadar duduk memerhati Puaka Paya. Hendak membantu, dilihatnya di atas sampan cuma ada satu set pendayung, itupun sedang diguna Puaka Paya. Takkanlah hendak di dayung guna tangan pulak. Cukuplah semua hantu di kampung gelarkan dia bukan hantu, dari digelarnya orang bodoh.

"Berapa lama agaknya perjalanan ke Kampung Mudah ya Pak Ya?"

Puaka Paya mengeluarkan sebatang rokok. Sebaik sahaja dibakarnya, berduyun Jin Lalat mula mengerumun asap rokok Puaka Paya. Menepis-nepis Puaka Paya, rimas.

DihantuWhere stories live. Discover now