Bab 10.2

2.3K 155 3
                                    

Kepala Lebai Leman yang tadi sudah sedia pening semakin bertambah pinar. Terasa macam dihempas-hempas maruah dirinya ke lantai. Nama-nama yang nampak dia dalam keadaan tercirit tu boleh tahan ramai. Lagi yang membuat dia mahu pitam semula bila Tok Penghulu sebut nama Usin Radio. Bukan saja-saja penduduk kampung panggil dia Usin Radio. Kebolehan beliau dalam menyampaikan berita yang baru saja seminit berlaku kepada semua penduduk kampung memang tiada tandingan lagi. Makanya jika Usin Radio sudah tahu, memang tidak mustahil hampir semua penduduk kampung sudah pun tahu. Yang dia, Lebai Leman, pengsan terbaring bawah pokok besar dalam keadaan tercirit. Curi-curi, Lebai Leman mencubit sedikit pehanya. Kalau-kalau ini semua sekadar sebuah mimpi ngeri. Jika ya, Lebai Leman merayu agar dia dibangunkan dengan segera. Sakit. Kecewanya Lebai Leman bukan kepalang.

Bisik bisik antara penduduk kampung yang ada di ruang tamu rumah Lebai leman makin rancak. Rasa segan yang terbit ke dalam diri lebai Leman mula menebal. Bermakna sekarang dalam cerita mereka, sudah pasti akan diselitkan cirit sebagai salah satu elemen penting. Terasa celakanya dia malam ini.

Salmah tiba bersama segelas air. Dengan segera dihulurkan pada suaminya namun disambut dahulu oleh Tok Penghulu. Perlahan, Lebai Leman cuba bangkit sedikit badannya untuk berada dalam posisi duduk. Nasibnya baik kerana dia dibaringkan hampir dengan dinding. Setelah berjaya duduk dan menyandar pada dinding, barulah Tok Penghulu memberikan gelas air tersebut kepada Lebai Leman. Dengan bacaan bismillah yang agak perlahan nadanya, diiteguk air tersebut perlahan-lahan sehingga habis. Gelas yang kosong itu dihulur semula kepada Tok Penghulu yang kelihatannya tidak sabar. Begitu juga kesemuanya yang berada di ruang tamu ketika itu.

"Acherkeme cenghitakan apa bende yang jadinya ke miker sebenarnya? Sampai macam gini jadinya."

Lebai Leman menarik nafasnya dalam-dalam.

"Teman terserempak dengan Pontianak."

DihantuWhere stories live. Discover now