Bab 8.5

2.8K 188 10
                                    

"Kalau aku balik tak bawak jongkong emas, aku akan berlari keliling kampung dalam keadaan bogel!" jerit Encik Toyol pada Koyol dan rakan-rakan di simpang jalan.

Sekali lagi, Encik Toyol membuat benda bangang yang tidak perlu. Koyol yang asyik memetik gitar sebentar tadi terhenti kerana melihat Encik Toyol. Bukan main semangat berlari ke arah mereka. Tak sangka, Encik Toyol beriya cuma hendak menyampaikan satu lagi angan-angan Mat Jenin karut.

Kalau di waktu kecik dahulu, memang sudah diluku kepala Encik Toyol ini paling kurang lapan kali. Telinganya akan dijentik sepuluh kali di kiri dan kanan. Namun tidak kali ini.

Aku sudah ada Ijazah. Mana boleh buat perangai budak-budak.

Koyol mengeluarkan sebatang rokok lalu diletakkan pada bibirnya. Dibakar, kemudian disedut asapnya. Hembusan asap kemudian ditiup pada Encik Toyol yang masih lagi gigih berdiri di hadapannya entah mahukan apa. Pengiktirafan darinya? Kebenarannya untuk keluar dari kampung? Entah.

Namun, janji yang diberikan Encik Toyol itu tiba-tiba menarik perhatiannya. Berlari bogel keliling kampung? Ianya sudah pasti lucu. Bayangkan toyol yang kita tahu sudah sedia dalam keadaan berbogel. Entah macamana bogel lagi yang Encik Toyol ni boleh lakukan. Tanpa sedar, Koyol menjilat bibirnya. Berlumba-lumba fantasi aneh dan menakutkan (bagi kita namun tidak pada yang sedang mengimaginasikannya) masuk ke dalam kepala Koyol. Encik Toyol nampak akan perbuatan Koyol yang menjilat bibir. Spontan, dia menutup celah kangkangnya dengan dua tapak tangannya. Rasa terancam.

"Aku tunggu." Ujar Koyol tegas, dan sedikit bernafsu. Dihembuskan sekali lagi asap rokoknya ke muka Encik Toyol sambil berjalan meninggalkannya.

Menyumpah-menyumpah Encik Toyol atas kebangangngannya itu.

*******

Sudah 6 bulan berlalu.

Kerjaya Encik Toyol sebagai pengurus di Kampung Mudah boleh dikategorikan sebagai gagal. Kerana dia masih lagi belum menjadi pengurus untuk mana-mana hantu yang ada di Kampung Mudah itu. Semuanya atas faktor tidak ada satu pun hantu yang percaya pada keturunan toyol. Kerana bagi mereka, semua hantu kerjanya adalah mencuri. Tidak ada kemahiran lain yang ada di dalam diri mereka. Kalau dah nama pun pencuri, takkanlah nak dilantik oleh mereka untuk dijadikan sebagai pengurus mereka pula. Bagi mereka, itu kerja gila. Mahu hilang segala harta ataupun kekayaan yang dikumpulkan sepanjang karier menjadi hantu terbilang. Sedangkan, toyol yang mencuri hanyalah toyol yang bertuan!

Namun, tidak ada hantu lain pun yang tahu.

Tidak ada.

Dan hal ini, ternyata mengecewakan Encik Toyol secara total.

DihantuWhere stories live. Discover now