Bab 10.3

2.4K 164 11
                                    

Serentak itu, tiba-tiba semua menjadi riuh. Ada yang beristighfar. Ada yang beriya terkejut. Ada juga yang mula bertanya kepada rakan sebelah yang Lebai Leman kata dia nampak apa sebab tadi dia tengah berangan.

"Pontianak?" tanya Tok Penghulu kembali.

"Ha la. Pontianak."

Berkerut dahi masing masing kerana sekarang di dalam kepala berkumpul satu jenis soalan yang ingin ditanya namun soalan itu tidak berani ditanyakan secara terus. Perlahan di dalam hati, masing masing berdoa agar ada yang jadi sedikit berani untuk bertanyakan soalan yang sedang bermain difikiran mereka itu.

"Hish, Lebai Leman kan orang alim. Selalu ke surau pulak itu. Takkan le boleh pengsan sampai tercirit semate nampak Pontianak aje. Ape, Lebai Leman takde bace bace ke mase terserempak dengan Pontianak tu?" tanya Zack, sekaligus menjadi wakil kepada semua.

"Miker jangan. Teman ni dah dikira orang teraniaya. Doa teman ni makbul. Teman doakan miker dikokaknya dengan Pontianak tu ha baru kome tahu,"ujar Lebai Leman dengan suara yang serius. Turun naik nafasnya menahan amarah.

Terdiam sekejap Zack. Jauh disudut hatinya, dia berharap agar Lebai Leman tidak mendoakan benda yang bukan-bukan. Kerana dia pun bukannya tergolong dalam manusia yang berani. Kalau disusun nama-nama penduduk Kampung Al Melayu Muslimin yang penakut mengikut ranking, nama Zack akan berada di tempat kedua, betul betul bawah nama Pak Dollah. Ada sekali tu masa nak dekat raya, kecoh sekejap di kampung bila dikhabarkan yang Kiah Janda pasang Langsuir dekat rumahnya. Walaupun sudah diketahui yang sebenarnya Usin Radio cuma tersasul, nak sebut langsir jadi Langsuir, namun 3 kali raya juga la Zack tak berani lansung nak melintas depan rumah si Kiah Janda tu. Hatta walaupun sekadar ternampak warna baju si Kiah Janda (Kiah Janda gemar berbaju putih di waktu malam), Zack boleh menggelupur lari tak cukup tanah sambil mencarut-carut.

"Seram sangat ke ghope dia tu Leman? Sampai tercirit ni, takkan hantu bodoh bodoh je yedak?" tanya Tok Penghulu.

DihantuWhere stories live. Discover now