Bab 9.2

2.5K 185 11
                                    

Encik Toyol sudah berasa best. Kerana inilah kali pertama dia menjadi pengurus kepada seekor hantu, dan hantu itu sudah pun mula menjadi bualan mulut hantu ramai. Permulaan yang agaj memberangsangkan untuk kariernya. Sambil berjalan, dia memandang kepada Pontianak yang mengikut di sebelahnya. Pontianak berjalan sambil menundukkan matanya ke jalan. Segan. Agak pelik kerana bagi Encik Toyol, nama Pontianak agak lejen dalam cerita-cerita hantu melayu. Pantang nak bagi sesebuah scene cerita tu seram sikit, sudah pasti nama Pontianak akan digunakan secara bersungguh. Pontianak ni, cerita kelakar pun boleh jadi seram kalau ada namanya.

"First time ka?" bisik Encik Toyol pada Pontianak.

"First time apa?"

"First time hantu pandang hang secara beramai-ramai macam ni?"

Pontianak menggeleng.

"Kiranya, dekat kampung hang dulu, benda ni perkara biasa la kan? Dah tu awat hang tunduk-tunduk macam segan pulak ni?" tanya Encik Toyol lagi.

"Dulu...orang pandang aku sebab lain," ujar Pontianak dengan nada sedih.

Pantas, momen-momen flashback berlumba-lumba masuk ke dalam kepalanya.

*******

Semua mata yang ada di kedai kopi itu tertumpu kepada Pontianak yang sedang basah kuyup. Dia berjalan sambil kepalanya ditundukkan. Matanya, cuma mengadap pada jalan yang sedang dilaluinya. Dia betul-betul berasa malu. Tambahan pula di kedai kopi itu, ada Ayah Ponti.

"Woi, tengok tu Ayah Ponti. Habis basah anak kau. Dengan manusia mana pulak dia kena sergah hari ni. Kahkahkah!" ujar Hantu Jarang dengan suara yang lantang.

Hampir semua hantu yang ada di situ, ketawa bagai nak gila. Berdekah-dekah. Paling kuat sudah semestinya si Hantu Jarang. Siap menepuk-nepuk meja. Yang tidak ketawa cuma Ayah Ponti dan Pontianak. Pontianak melajukan langkahnya.

"Bukan anak aku tu. Tu anak hantu lain," ujar Ayah Ponti perlahan namun didengari juga Pontianak yang kejauhan. Air mata mula menitis dari kelopak matanya. Pontianak yang tadinya melangkah laju, sudah mula berlari. Lari jauh meninggalkan Kedai Kopi yang semakin meriah hilai tawanya.

Benarlah kata pepatah, tatkala ramai yang ketawa, sudah pasti ada satu dua hati yang menangis kerananya.

*******

DihantuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin