MK - 1

2.9K 100 23
                                    

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia.

Cerita ini hasil collab saya dengan cik manis Delifaa

Selamat membaca✨

______


PRANG!

Hancur berkecai gelas yang dilempar Kasih. Nafasnya turun naik sambil mencerlung tajam menikam wajah Mak Inang yang sudah menunduk menekur lantai. Tidak lagi wanita separuh baya itu mengangkat kepala menentang renungan tak berkedip dari Kasih.

“Kau ni kan nak kata baru sehari dua kerja kat sini tak pun tapi kenapa air tu manis sangat? Kau tak reti bancuh ke apa? Nak bagi aku ni kena diabetes minum minuman manis macam tu?” getus Kasih tak puas hati. Berang kerana minuman yang dimintanya tadi terasa sedikit manis dan tidak kena dengan derianya.

“Maafkan Mak Inang, Kasih. Air tu bukannya Mak Inang yang bancuh, tapi Puan Aliyah. Mak Inang cuma hidangkan je.” Terketar-ketar Mak Inang menjawab.

“Oh, perempuan tu... yang kau bagi dia bancuh air untuk aku dah kenapa? Aku jijiklah nak minum air tangan perempuan tak sedar diri tu. Dah berapa kali aku cakap, aku tak suka! Dah nyanyuk ke apa aku pesan dulu?” Makin menggelegak darah Kasih mendengar jawapan Mak Inang. Cukup pantang sekali dia mendengar nama Aliyah yang sering bermuka-muka. Berlagak baik!

“Mak Inang minta maaf, Kasih. Lepas ni Mak Inang takkan bagi Puan Aliyah buat lagi. Mak Inang minta maaf.” ucap Mak Inang berkali-kali, rasa bersalah kerana membiarkan Aliyah yang membancuh air untuk keluarga ini. Dia benar-benar terlupa dengan pesanan Kasih dulu.

“Puan Aliyah konon. Hei, Mak Inang... kau dengar sini aku nak pesan. Jangan panggil perempuan tu dengan pamggilan Puan sebab dia tu hanya menumpang dalam rumah ni. Dia bukannya madam besar pun, jadi tak perlu nak hormat dia sangat. Faham?” Nada suara Kasih semakin meninggi. Pantang baginya orang lain menunduk hormat pada Aliya. Dia jelak dan benci.

“Ta-tapi kan Puan Aliyah tu ibu Kasih...” Berkerut dahi Mak Inang dengan pesanan Kasih.

“Ibu?” Tawa Kasih meledak kuat memenuhi ruang dapur. Langkahnya menapak lebih dekat dengan Mak Inang yang sama sekali tidak berani menatapnya.

“Sejak bila perempuan perampas tu jadi mak aku? Mak aku dah lama matilah! Dia tu perempuan pembawa malang je dalam rumah ni sebab tu sampai sekarang dia tak ada anak! Sebab dia tu perempuan jahat! Kau tak tahu ke?”

Tersayat hati Mak Inang mendengar penghinaan Kasih pada Aliyah. Tidak sangka sama sekali begitu bencinya Kasih pada Aliyah, ibu tirinya itu. Baginya Aliyah seorang ibu tiri yang baik dan lembut tutur kata. Tetapi mujur saja hati Aliyah sangat kuat menghadapi sikap dan perangai dari anak tirinya ini. Jikalau dia di tempat Aliyah, sudah lama dia angkat kaki dan meninggalkan keluarga ini.

“Tak baik cakap macam tu, Kasih. Puan Aliyah tetap ibu Kasih.” Mak Inang cuba menasihati cara lembut. Lambat-lambat dia mengangkat kepala, merenung wajah merah padam milik Kasih.

Dagu Mak Inang terus Kasih cengkam. “Hei perempuan tua, kau tak perlu nak masuk dalam urusan keluarga aku. Kau tu babu je, bila-bila masa je aku boleh tendang kau keluar rumah ni. Ingat sikit kau tu siapa, taraf kau hanya di bawah tapak kaki aku je. Jangan nak berlagak nasihatkan orang. Faham!”

Memori KasihWhere stories live. Discover now