MK - 6

686 72 13
                                    

“NAH, hazelnut chocolate untuk kau.” Cawan plastik dihulur kepada Nuh.

Nuh yang sedang leka menggeser telefon pintarnya terus mengangkat kepala. Cawan plastik itu disambut sebelum strawnya disedut perlahan.

“Urm, sedap! Thanks, Man. Kau ingat lagi minuman favourite aku kan,” ucap Nuh.

Ayman meraup rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang. Riak bangga ditunjuk.

Of course lah. Aku sahabat dunia dan akhirat kau kut. Semua benda kau suka aku tahu. Walaupun sekarang ni kita jarang berjumpa, tapi apa yang kau suka apa yang kau tak suka...” Jeda sambil Ayman mengetuk perlahan tepi pelipis kepalanya.

“...Semua ada dalam kepala aku tau.” Sambungnya dengan senyuman bangga.

“Kau memang terbaik, Man.”

Kembang-kempis hidungnya bila dipuji oleh Dr. Nuh Izzuddin. Bukan satu kebiasaan perkara itu berlaku.

“Eh, ni aku nak tanya kau.” Ayman menukar topik. Teringat pula gadis tak cukup kasih sayang yang sedang terlantar itu.

“Pasal apa?” Hazelnut chocolate itu disedut lagi. Sedap pula bila orang lain belanjakan dia minum.

“Pasal Kasih tak cukup kasih sayang tulah.” Selamba Ayman menyebut.

Berubah riak wajah Nuh. Tak suka setiap kali nama Kasih disebut-sebut di hadapannya.

“Kau nak tahu apa?” Walaupun benci mendengar nama itu, tapi tetap juga dia memberi ruang untuk Ayman bertanya.

“Tadi kau dia accident kan. Accident langgar apa? Dah berapa hari dia tak sedarkan diri?” Bertalu-talu Ayman bertanya.

Berkerut dahi Nuh. “Apa hal kau nak tahu sangat ni?”

“Tak adalah. Kehidupan dia sebelum ni terlalu happy dan macam tak ada masalah langsung sampaikan diri dia pun terlalu bongkak. Sekarang bila dengar dia accident ni, rasa nak tahu juga la. Sebab dendam ke? Atau kebetulan?” jelas Ayman tanpa berniat apa-apa. Sekadar ingin tahu. Salah ke?

“Hmm... dengarnya sebab drive dalam keadaan mabuk. Kereta dia terbabas langgar pokok. Pasal dendam ke apa tu... aku tak pastilah.” Nuh buka cerita. Tugasnya hanyalah sebagai doktor yang merawat pesakit. Jadi, dia menceritakan sekadar apa yang dia tahu sahaja. Selebihnya itu bukan urusannya.

“Mabuk? Biar betul? Dia dah pandai mabuk ke? Wah! Hebat betul perempuan tu. Muda lagi. Junior kita dulu pulak tu.” Terkekeh Ayman ketawa seraya menggeleng kepala. Jauh benar berbanding Kasih yang mereka kenal dulu.

Nuh hanya menjungkitkan kedua belah bahu. Mulanya dia turut terkejut, tetapi apa nak dihairankan. Itukan Kasih Amalin.

“Aku rasa dia ikut kawan,” Terletus kata-kata itu dari mulut Nuh.

“Kenapa kau kata macam tu?” soal Ayman hairan pula dengan kata-kata Nuh yang kedengaran agak positif.

“Sebab dalam kereta tu ada dua orang. Bukan Kasih sorang je. Lagi sorang tu kawan Kasih, namanya Adira. Kedua-duanya mabuk. So, aku rasa Kasih tu terpengaruh dengan si Adira tulah.” Nuh meluah rasa firasatnya.

“Adira? Kau kenal ke dia tu siapa?” Ayman terus bertanya lagi, makin penasaran benaknya. Kata-kata Nuh seolah-olah sudah lama mengenali gadis bernama Adira.

Nuh menggeleng.

“Tak. Tapi, aku tak rasa Kasih tu akan mabuk seteruk macam ni tanpa dipengaruhi sesiapa. Kau pun kenal ayah dia kan. Tegas. Buruk mana pun perangai Kasih, ayah dia takkan senang-senang nak bagi Kasih bebas sampai mabuk macam tu.” Panjang lebar Nuh meluahkan isi fikirannya pula.

Memori KasihWhere stories live. Discover now