MK 43

1K 81 17
                                    


SETELAH beberapa hari di hospital, Kasih dibenarkan pula. Suka tak terkira kerana akhirnya dia dapat pulang dengan selamat. Fikirnya, dia tidak akan melihat syurga duniawi ini lagi. Rupanya Tuhan masih mahu menaruh nyawanya lebih panjang.

Tiba-tiba Kasih terasa insaf. Sepanjang masa dia dikurung Arissa, pelbagai perkara yang dikenang semula. Dia kaki mabuk. Kaki kelab. Dulu kaki buli. Dia bukan sekadar jahil, tetapi turut menjahati orang lain.

Kini, dia sudah mendapat balasan di dunia. Betapa besarnya rahmat Allah SWT yang masih memberikan dia peluang untuk bertaubat dan memulihkan hubungan sesama manusia, terutama ahli keluarganya.

“Jauh anak ibu ni mengelamun. Ibu suruh buat apa tadi?”

Teguran Aliyah terus buat Kasih tersedar. Laju dia menayang sengih.

“Ibu suruh dia tuang air. Tapi, bukan tuang air... tengah berangankan mata air.” Aliyah hanya menggeleng kepala.

“Mana adalah.” Kasih ketawa menutup rasa hati. Memang betul dia tak teringatkan sesiapa waima Nuh. Dia hanya mengenangkan hikmah yang terjadi saja.

“Iyelah tu. Pergi panggil Nuh dengan daddy. Makanan dah siap hidang.”

“Baik ibu.” Kasih tabik hormat sebelum berlalu ke ruang keluarga. Kelihatan Syed Tajuddin dan Nuh sedang leka berbual. Lantas punggungnya dilabuh di sisi suaminya itu.

Pantas saja Nuh memaut bahu Kasih lebih rapat tanpa segan silu. Wangi saja isterinya ini walaupun selesai masak. Bau masakan.

“Daddy dengan Nuh borak apa? Nampak macam serius aje.” Panasaran pula Kasih jadinya. Niat hendak memanggil terus terbantut.

“Daddy bagi kita ni.” Sampul di atas meja terus dicapai dan dihulur kepada Kasih. Wajahnya sudah berbunga-bunga ceria.

“Apa ni?” Nuh dan Syed Tajuddin dipandang aneh. Sampul itu bertukar tangan.

“Honeymoon yang tertangguh.” Nuh berpaling dan berbisik perlahan. Sengaja ditiup nafasnya di cuping telinga si isteri.

“Albi ni...” Spontan tangan Kasih menolak kepala Nuh. Telinga digosok-gosok. Meremang dengan hembusan nafas Nuh. Langsung tak rasa malu dengan Syed Tajuddin.

Nuh hanya ketawa santai. Sementelah Syed Tajuddin hanya tersenyum kecil melihat tingkah Nuh dan Kasih. Rasa lapang dadanya melihat kemesraan anak menantunya itu.

“Tapi...” Bicara Kasih terjeda.

“Tapi apa?” Terjungkit kening Nuh.

“Kasih tak suka ke dengan pakej daddy bagi tu?” tanya Syed Tajuddin pula.

“Bukan tak suka. Cuma Kasih risau. Tak ada orang akan intip Kasih lagi kan?” Disebabkan kejadian yang berlaku buat dia rasa trauma. Gusar hendak berjalan sendirian.

“Tu Kasih tak perlu risau. Semua rakan subahat Arissa dah kena berkas. Lagipun Arissa pun dah tak ada. Hanya Adira dengan Ayman rakan subahat Arissa. Diorang bertiga aje.” Nuh genggam tangan Kasih yang sudah berpeluh dingin. Sesuatu yang tidak dia sangka. Arissa dan Ayman rakan subabat. Mereka itu sahabatnya. Tetapi, ancaman kepada Kasih. Selama ini dia percayakan Ayman dan Arissa. Namun, dia pula ditikam dari belakang.

Diam Kasih dengar ujaran Nuh. Dapat dirasakan Nuh rasa terpukul dan kesal dengan apa yang jadi. Dua orang itu rapat dengan suaminya.

“Tak sangka Adira akan buat semua ni pada Kasih,” keluh Kasih perlahan.

Walaupun Adira jahat dengannya, tapi gadis itu tetap pernah mengisi kekosongan ketika dia sunyi dan perlukan teman. Sedikit simpati dengan apa yang terjadi pada gadis itu. Dibesarkan oleh seorang kakak yang tidak cuba untuk mengeluarkan adiknya dari dunia gelap. Sebaliknya menggalakkan lagi. Menghasut si adik buat perkara terkutuk.

Memori KasihWhere stories live. Discover now