MK 32

818 80 18
                                    


TAP! Tap! Tap!

Kedengaran bunyi hentakan kaki yang berlari dengan laju. Matanya pula sibuk meliar mencari katil yang menempatkan Kasih. Debar hati usah dikata. Bagaikan dihentam ombak sebaik saja dapat mendapat berita Kasih dikejarkan ke hospital ini.

“Doktor Nuh!”

Nuh pantas menuju ke arah suara itu. Seorang jururawat wanita yang sedang menunggu kehadirannya itu.

“Mana isteri saya?” soal Nuh, cemas. 

“Ada kat katil hujung sana. Dia baru aje sedar. Doktor Aisyah tengah buat pemeriksaan.”

Mendengarkan pernyataan itu, Nuh terus menerpa. Tirai terus ditolak.

“Kasih!”

Doktor Aisyah yang sedang memeriksa keadaan Kasih, tersentak. Matanya mencerlung tajam ke arah anak buahnya.

Nuh garu kepala seraya tersengih janggal. Takut. Doktor senior dia ini sudahlah garang!

“Tak reti nak tunggu sekejap ke? Tahulah ni isteri awak.” Doktor Aisyah bertanya perlahan.

“Tak salah kan kalau saya kat sini. Saya pun doktor juga,” balas Nuh selamba, tetap ada gugupnya. Berderau juga melihat renungan tajam Doktor Aisyah.

“Ni pesakit saya. Yang awak menyibuk kat sini kenapa?” Fail pesakit ditutup kasar. Pandangan tajam menikam ke arah Nuh.

Nuh menunduk kepalanya.

“Maaf doktor.” Nuh kecut perut. Tadi bukan main berani sangat terjah katil orang.

Doktor Aisyah mengeluh kecil.

“Tak apalah. Memandangkan awak suami pesakit ni, saya ada benda nak cakap. Syukurlah Puan Kasih tak mengalami kecederaan yang serius. Hanya luka di dahi dan tangan kirinya yang sedikit terseliuh. Mungkin selepas seminggu dua ni, In Shaa Allah, pulihlah. Awak sebagai doktor kena pastikan keadaan isteri awak ni nanti. Dan ubat jangan lupa beri. Jangan main lepas aje.” Jari telunjuk diangkat ke arah Nuh dengan riak wajah yang tegas.

Nuh mengangguk kepalanya. “Faham doktor.”

“Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu. Ingat pesan saya, Nuh.”

Angguk Nuh seraya membalas dengan ucapan terima kasih. Apabila doktor dan semua jururawat tadi beredar, Nuh melabuhkan duduk di birai katil.

Wajah Kasih kelihatan sedikit pucat, namun masih tampak berseri. Dan Nuh senang untuk menatapnya. Syukur. Nuh hela nafas lega, Kasih tak ada apa-apa yang serius.

“Awak okey? Macam mana boleh jatuh tangga?” tanya Nuh apabila Kasih hanya membisu, tidak menegurnya walaupun dia sudah berada di depan mata.

“Kasih? Awak okey tak ni?” Nuh menunggu jawapan balas daripada isterinya, namun tiada sebarang suara yang menyapa halwa telinganya. Hanya kedengaran nafas Kasih yang menderu keluar.

Nuh naik hairan. Namun dia tetap tersenyum. Cuba positifkan diri. Mungkin Kasih lagi bingung dan kaget.

“Tadi awak kata awak keluar dengan Adira. Mana dia? Saya nak jumpa dia. Mungkin dia tahu punca awak jatuh tangga.” Nuh bertanya lagi.

Dia benar-benar mahu tahu apa yang terjadi sebenarnya. Bagaimana Kasih boleh terjatuh? Kenapa Kasih berada di tangga kecemasan di pusat beli belah itu?

Mendengar nama itu, secara tiba-tiba air mata Kasih mengalir deras. Bibirnya diketap kuat, menggeletar. Seluruh tubuhnya tiba-tiba terasa seram sejuk. Dia bagaikan dalam ketakutan. Terbayang-bayang bagaimana dia tersemban di anak tangga sehingga dunia gelap. Malah, dia ditinggalkan sendirian dan begitu saja.

Memori KasihWhere stories live. Discover now