MK - 2

838 83 10
                                    

HOI, buka pintu ni!”

Aliyah yang sedang bersiap untuk menunaikan solat subuh terpegun seketika. Lantas jam dipandang, sudah 5.55 pagi namun kedengaran sayup-sayup suara Kasih di pintu utama rumah. Bergegas Aliyah menapak ke luar bilik.

Sebaik saja daun pintu dibuka, Aliyah hampir terdorong ke belakang dek Kasih yang hampir hilang imbangan. Tubuh Kasih dipaut kuat. Aliyah terus mengerutkan mukanya dan menutup mulut dek kerana bau alkohol yang begitu kuat. Dirasakan mual anak tekaknya.

“Hei, kenapa kau lambat buka pintu, hah? Kau buat apa? Lembap!” dengus Kasih tanpa berdalih dan terus menolak Aliyah yang memautnya.

“Kenapa Kasih mabuk teruk sangat ni? Kalau daddy Kasih tahu, nanti Kasih kena marah.” ujar Aliyah terbit rasa risau jikalau Syed Tajuddin tahu Kasih baru saja pulang dalam keadaan mabuk.

“Daddy aku takkan tahu kalau kau tak mengadu. Kau memang pembawa malang dalam rumah ni!” cemuh Kasih lalu dia terus menapak masuk dengan langkah yang terhuyung-hayang ke arah tangga. Dia perlukan bantal, dia mahu tidur, bukannya ceramah dari Aliyah.

Perlahan Aliyah mengeluh. Daun pintu kembali ditutup sebelum dia mendapatkan anak tirinya semula. Pinggang Kasih dipaut, risau Kasih terjatuh tangga nanti.

“Pergilah! Jangan sentuh aku. Aku jijik dengan kau!” getus Kasih tidak puas hati. Tangan Aliyah yang memautnya terus dirungkai dan ditepis kasar. Wanita itu dikerling tajam sebelum dia menapak ke anak tangga pertama. Penghadang tangga dipegang erat.

“Biar mak cik tolong, nanti Kasih jatuh.” Aliyah berdegil. Kasih kembali dihampiri.

“Kau ni memang cari pasallah!” Berang dengan kedegilan Aliyah, Kasih terus menghempas pasu bunga hiasan yang terdapat di sebelahnya ke lantai. Habis berkecai pasu bunga itu dikerjakannya. Tidak cukup dengan itu, Aliyah turut ditolak dari anak tangga.

Tanpa diduga, kaki Aliyah tertusuk serpihan kaca.

“Aduh!” Terduduk Aliyah sambil memegang kakinya yang mula mengeluarkan cecair merah dari luka yang terhiris dalam.

Berdekah Kasih ketawa saat melihat luka di kaki Aliyah. Terasa puas hatinya mendengar desisan Aliyah yang sedang menahan sakit. Baginya, sakit yang dirasakan oleh Aliyah tidak sesakit dan sepedih hatinya dikala itu.

“Padan muka kau! Lain kali jangan sibuk nak buat baik dengan aku. Aku menyampah. Faham?” Kasih bersorak riang.

Sementara Syed Tajuddin bergegas keluar dari kamarnya saat terdengar suara tengkingan yang sangat kuat dari Kasih. Bulat matanya melihat Aliyah sedang memegang kakinya yang mengeluarkan berdarah tanpa henti.

“Kasih!” Bergema suara Syed Tajuddin, laju menuruni anak tangga.

Terangkat bahu Kasih mendengar jerkahan Syed Tajuddin. Wajah kalut dan cemas bapanya dipandang dengan riak menyampah. Sayang benar pada isteri barunya.

“Apa yang Kasih buat ni? Kenapa kurang ajar sangat? Tak cukup dengan balik dalam keadaan mabuk macam ni, azan subuh dah masuk baru tahu jalan balik. Sekarang, Kasih cederakan Mak Cik Aliyah pula.” getus Syed Tajuddin yang bergegas mendapatkan isterinya. Kain yang menjadi alas meja hiasan terus dicapai dan membalut kaki Aliyah yang luka.

Kasih menenyeh-nenyeh matanya yang sudah kuyu. Kepalanya juga sudah terasa berat. Tetapi sekarang dia harus menghadap kemarahan bapanya pula. Bosan dia mendengar.

Memori KasihWhere stories live. Discover now