MK 38

1K 79 33
                                    

RASA dingin yang menyapa membuatkan Nuh terjaga dari lena. Matanya ditenyeh-tenyeh sambil merengangkan urat sarafnya. Tubuh masih terasa lesu dan kepenatan itu disandar seketika di sofa. Mukanya diraup seraya pandangannya dibuang ke luar sliding door yang dibiarkan buka.

Awan mendung dan hitam memenuhi kawasan. Ditambah lagi tempias hujan yang lebat sedikit memasuki ruang balkoni rumahnya. Patutlah dia rasa dingin. Rupanya bumi sedang dibasahi gerimis.

Telefon pintar yang diletak dalam silent mode dicapai. Ada berbelas panggilan tidak dijawab dan satu pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp. Tidak lain tidak bukan pesanan itu daripada Kasih.

Kalau ikutkan kata hati, malas dia membacanya. Tetapi, diturutkan juga. Ingin tahu apa isi kandungan pesanan tersebut yang dihantar jam 1 petang tadi.

‘Nuh... sekejap lagi saya balik. Tunggu saya tau! Saya ada suprise untuk awak. Hihi🤭’

- Kasih -

Jam di telefonnya pula dilihat. Sudah lebih pukul 3 petang.

“Sekejap lagi tu pukul berapa? Dah pukul tiga ni.” Nuh merungut sendirian. Jarinya menekan pula ikon panggilan masuk.

Berbelas panggilan itu datangnya daripada Syed Tajuddin. Tak semena-mena debaran mula menyapa. Laju tangannya menekan nombor bapa mentuanya itu.

“Hello, daddy. Sorry, saya tak dengar daddy call tadi. Saya tertidur. Penat sangat.” Nuh terus bersuara sebaik saja panggilannya dijawab Syed Tajuddin.

“Tak mengapa. Daddy cuma nak minta kamu datang hospital sekarang boleh?”

“Hospital? Kenapa? Siapa yang sakit?” Tubuh Nuh terus menegang, kaget dengan perkhabaran tersebut.

“Ibu Aliyah dengan Mak Inang. Kamu datanglah dulu. Bawa kereta tu jangan laju-laju. Hujan lebat sekarang ni,” pesan Syed Tajuddin kedengaran tenang saja.

“Baik, daddy. Saya ke sana segera.” Sejurus panggilan ditamatkan, Nuh terus menunaikan solat zohor.

Entah mengapa debaran hatinya langsung tidak menyurut. Sebaliknya semakin kencang dan tidak enak. Pelbagai pertanyaan yang mulai melanda buat dia semakin rasa tidak senang duduk.

Tiba di hospital yang dimesej Syed Tajuddin, Nuh bergegas ke bahagian kecemasan. Kelihatan Syed Tajuddin sedang menunggu di situ dengan wajah sugul. Menunduk menekur lantai sendirian.

“Daddy,” tegur Nuh, mengah kerana berkejaran ke sini.

Syed Tajuddin bingkas bangun. Bibirnya mengoyak senyuman kelat. Sementelah Nuh yang melihat terasa aneh. Ini bukan keadaan biasa yang sering dia lihat pada diri Syed Tajuddin. Suara tenang tadi dan keadaan Syed Tajuddin kini bertentangan.

“Kenapa ibu Aliyah dengan Mak Inang masuk hospital? Sakit ke kemalangan? Dan ma... mana Kasih?” Nuh menyoal apabila sedar tiada kelibat Kasih bersama Syed Tajuddin. Fikiran buruk cuba ditepis. Mustahil Kasih terlibat.

“Kasih tak ada kat sini... tak ada juga kat rumah. Daddy tak tahu kat mana Kasih.” Berat Syed Tajuddin mahu berterus-terang. Matanya terasa hangat dengan kejadian yang menimpa ahli keluarganya. Keberadaan Kasih belum diketahui.

“Apa maksud daddy yang Kasih tak ada kat sini, kat rumah? Kasih pergi mana? Pukul satu tadi Kasih bagitahu saya yang dia nak balik rumah kami. Kasih ada pergi mana-mana ke? Kasih merajuk lagi dengan saya ke? Tapi, tadi Kasih cakap dia nak balik.” Gesa-gesa telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar. Mesej Kasih ditayang kepada Syed Tajuddin.

“Nuh...” Syed Tajuddin pegang bahu Nuh apabila keadaan Nuh mulai resah dan kelam kabut.

Kian berdetak hebat jantung Nuh. Tika ini dia tidak dapat memikirkan apa yang berlaku dan sudah menimpa keluarga ini.

Memori KasihWhere stories live. Discover now