MK 9

591 68 16
                                    

SEHELAI demi sehelai muka surat itu diselak Kasih. Sejak tadi matanya langsung tidak berkalih daripada meneliti satu per satu gambar-gambarnya bersama Syed Tajuddin dan Aliyah. Juga gambar kecilnya bersama seorang wanita yang jelas kelihatan pucat dan kurus. Tetapi, senyuman yang menghiasi wajah itu langsung tidak memudarkan seri wajah jelita itu.

Kata Syed Tajuddin dan Aliyah, itu ibu kandungnya yang dipanggil mommy.

“Mommy.” sebut Kasih perlahan.

Tanpa sedar matanya turut hangat. Perasaannya tiba-tiba berubah sayu dan sebak. Seperti menanggung rindu yang sudah lama terpendam.

“Rupanya muka Kasih iras mommy,” tutur Kasih lagi.

Bibirnya diketap menahan rasa yang kian ditikam, pilu. Mungkin hatinya benar-benar merindui sosok wanita di dalam gambar itu. Mungkin juga kerana dia adalah anak kandung wanita itu.

Gambar-gambar waktu kecilnya diselak lagi dan lagi. Ternyata kenangannya bersama wanita itu hanya ketika waktu usianya kanak-kanak. Bererti sudah lama dia ditinggalkan sang ibu. Benarlah, dia rindukan mommy. Hatinya lebih sensitif sehingga dapat merasakannya.

“Hati Kasih... rasa rindu,” ungkap Kasih. Setitis air mata yang bertakung terus menitis.

Perlahan-lahan gambar itu diusapnya lembut. Walaupun sekadar gambar, tetapi sudah memadai baginya. Sekurang-kurangnya dia mengenali serba sedikit latar belakang dirinya dan keluarga.

“Kasih.” Aliyah yang sejak tadi memerhati terus datang menghampiri. Punggungnya dilabuh di sisi Kasih dan tersenyum melihat gambar yang sedang ditatap Kasih.

“Mommy cantik.” puji Kasih, lalu mengalih tumpuannya kepada Aliyah pula.

Aliyah mengangguk, mengiakan pujian Kasih. Benar sekali, Amalin sangat cantik orangnya. Persis Kasih.

“Walaupun mommy sakit, tapi mommy tetap nampak happy. Langsung tak macam orang sakit.” Kasih kembali menatap gambar Amalin.

“Mommy Kasih kuat orangnya. Semangatnya tinggi. Tapi, Allah lebih sayangkan arwah.” Bahu Kasih terus dipeluk Aliyah.

“Tuhan takkan uji hamba-Nya di luar kemampuannya, kan?”

Pegun seketika Aliyah dibuatnya. Seperti tidak percaya kata-kata itu terluah dari mulut Kasih. Lantas Aliyah angguk laju.

“Betul sangat. Allah uji sebab untuk buat kita lebih kuat dan bersemangat agar tak mudah putus asa. Apa-apa pun, kita hendaklah bersangka baik kepada-Nya. Setiap kejadian yang berlaku bukan satu kebetulan, tetapi takdir sebab segalanya sudah ditulis oleh-Nya.”

Kasih mengangguk, mengerti dan cuba menghadam kata-kata itu.

“Mommy sakit apa?” tanya Kasih ingin tahu.

“Breast cancer.” Aliyah senyum tawar.

“Macam mana ibu boleh kenal mommy?” tanya Kasih lagi, benar-benar panasaran.

Nafas dalam ditarik Aliyah sebelum dihela semula. Sedikit risau hatinya, tetapi dia tiada pilihan. Kasih yang sekarang perlu tahu sejarah mereka.

“Sebenarnya mommy Kasih kakak angkat ibu. Walaupun jarak umur kami jauh, tapi kami rapat. Masa Kasih kecik-kecik dulu, ibu jaga Kasih sekejap sebelum ibu sambung belajar semula. Beberapa tahun kemudian, ibu kembali. Tapi, masa tu keadaan mommy Kasih dah semakin kritikal.” Suara Aliyah berubah getar. Air matanya bergenang.

Kasih tatap wajah Aliyah yang sudah berubah mendung. Lalu, tangan Aliyah digenggam erat.

“Mommy Kasih amanahkan ibu jaga Kasih dan...” Aliyah jeda. Teragak-agak untuk dia meneruskan kata. Risau dengan penerimaan Kasih.

Memori KasihWhere stories live. Discover now