MK 21

595 65 12
                                    


HARUMAN dari dapur membuatkan Kasih berhenti dari mengemas kamar tidurnya. Nama saja suami, tapi bilik isteri langsung tak dikemas. Gatal-gatal badan Kasih masa tidur semalam.

Tanpa buang masa, penyapu diletak di tepi pintu sebelum mengikuti bauan yang dapat mengenyangkan perut kosongnya.

Setiba di dapur, matanya menangkap figura seorang lelaki yang membelakanginya itu sedang memasak sesuatu. Lelaki mana pula ni? Adik Nuh ke?

Dia sudah sedia maklum tentang adik-adik lelaki Nuh, tapi apa adik Nuh buat dekat sini awal pagi macam ni?

Matanya menjengah ke laluan antara biliknya dengan Nuh. Tadi masa dia sedang berjalan ke dapur, pintu bilik Nuh tertutup rapi. Pasti Nuh sudah keluar bekerja, fikirnya.

Jadi, dia berdua-duaan dengan adik Nuhlah sekarang ni? Ke ada adik lain?

“Nuh?” panggilnya seraya melangkah ke ruangan dapur.

Figura itu kelihatan sedikit tersentak sebelum menunjukkan wajahnya menghala Kasih.

Hembusan lega dilepaskan. Bukan dia berduaan dengan adik Nuh, tapi Nuh yang tak bekerja hari ini.

“Kenapa muka Kasih macam lega sangat? Lega saya tak tinggalkan Kasih macam dalam drama petang,” ujar Nuh. Pinggan nasi goreng dihidangkan.

“Tak ada apalah,” balas Kasih. Tak mahu membesarkan isu tadi.

“Sedapnya bau. Pandai Nuh masak.” Tanpa dipelawa, Kasih mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Nuh terlebih dahulu sebelum ke pinggannya pula. Pesanan ibu Aliyah sentiasa berlegar di ingatannya supaya mendahulukan suami.

Nuh sedikit terpegun, namun bibirnya dicebik. Kasih fikir dengan tingkah itu akan membuatkan dia jatuh sayang. Tidak sama sekali!

“Masak nasi goreng aje. Nak harapkan isteri memang makan roti ajela saya. Budak sekolah menengah pun dah pandai masak .”

Kasih menggigit bibir. Mati seleranya mahu menjamah sarapan. Kata-kata Nuh sangat menusuk kalbu! Tahu saja dia yang Nuh sedang menyindirnya.

“Awak tak kerja hari ni?” Topik perbualan ditukar.

“Cuti dua hari. Saya kan baru kahwin.” Nuh menjawab tanpa memandang isterinya. Nasi goreng depan mata lagi menarik gamaknya.

Kepala mengangguk faham. “Kita honeymoon nak?”

“Saya cuti dua hari aje. Bukannya dua minggu. Jangan nak bermimpilah, Kasih. Lagipun buang masa aje. Honeymoon untuk pasangan yang bercinta, bukan macam kita ni.”

Sekali lagi tembok hatinya ditembak dengan kata-kata daripada Nuh. Bibirnya diketap menahan rasa.

“Kita pergi yang dekat aje. Cameron Highland ke?” cadang Kasih lagi.

Nuh mendengus. Dia bingkas bangun, lalu membawa pinggan yang kosong ke sinki untuk dicuci.

“Nuh?” panggil Kasih apabila tidak mendapat sebarang jawapan.

“Kasih dengar sini.” Paip air ditutup. Tubuhnya berpusing sambil tangan yang basah dilap pada kain.

Kasih yang masih belum habis bersarapan terus memberi tumpuan pada suaminya.

“Saya setuju kahwin dengan awak kerana mama. Bagi saya, ini adalah perkahwinan terpaksa saya. Saya langsung tak cintakan awak. Mungkin saya layan awak dengan baik sebab awak bekas pesakit saya saja. Saya tak nak ada apa-apa terjadi pada kesihatan awak, tapi kita bukan pasangan suami isteri yang normal macam pasangan kat luar sana. Jadi, awak tak payah nak bermesra bagai dengan saya ke, bercuti dengan saya ke apa. Tak perlulah Kasih. Saya sibuk. Awak uruskan hal awak sendiri dan saya pun uruskan hal saya sendiri. Itu saja yang saya nak dalam perkahwinan ni.”

Memori KasihWhere stories live. Discover now